Malay Chinese (Traditional) English
 
Arkib Berita

Arkib Berita (175)

48429370 2401495346558678 912202056683487232 n

Majlis Meraikan Atlet SUKMA XIX Perak 2018 & Pertukaran Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu antara Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Telah diadakan pada malam 26 Disember 2018 (Rabu) bertempat di Dewan Utama YPKT.

Sukan angkat berat telah menyumbang dua pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa di samping ranking ke 11 dalam acara sukan serta menyumbang pingat kepada negeri sehingga berjaya menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018.

49095505 2401494749892071 2319478787349151744 n

Manakala bagi Muhamad Darul Najmi bin Dollah yang berjaya mencipta rekod baru dalam acara 69 kilogram 'clean and jerk' lelaki dengan bebanan 164 kilogram telah menerima hadiah sebuah motosikal Yamaha Ego Alantiz daripada YPKT yang merupakan Jabatan Angkat kepada Sukan Angkat Berat Negeri Terengganu.

Majlis dirasmikan oleh YB. Tuan Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.

48420951 2401494889892057 2983922692035444736 n

Turut hadir, YB. Hj. Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja merangkap Bapa Angkat kepada Sukan Angkat Berat Negeri Terengganu; YBhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah YPKT; Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif, Naib Canselor Unisza; Haji Ibnu Amin Busu, Pengarah MSNT.

44252404 2260615350646679 3634104260167204864 o

18 Oktober 2018 (Khamis), Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu telah dikunjungi oleh Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Khairunnisa') yang diketuai oleh Y.A.Bhg. Tuan Faizah binti Tuan Abd. Rahman, isteri kepada Y.A.B. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Turut hadir sama adalah To' Puan Seri Hjh. Zainab binti Awang Ngah, isteri kepada YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi bin Awang, Puan Hajah Zarani binti Othman, isteri kepada YB Speaker Negeri Terengganu, Puan Zainon Abd Wahab, isteri kepada YB. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Dakwah dan Penerangan, Dr. Farhaan Husainy hasbullah, isteri YB. DUN Batu Buruk dan Dr. Nordiana Ahmad Takri, isteri YB. Parlimen Kuala Terengganu.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk menerangkan peranan dan fungsi Kelab Ibu Tunggal Negeri Terengganu dalam memperkasakan ibu tunggal selari dengan kepimpinan kerajaan masa kini.

4 fokus utama dalam pelaksanaan Program Memperkasakan Ibu Tunggal adalah bimbingan ekonomi & kemahiran, bimbingan perundangan, bimbingan kekeluargaan & transformasi minda dan kesedaran kesihatan.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah diberi tanggungjawab untuk menyatu dan memperkasakan jati diri golongan Ibu Tunggal agar permasalahan dan kebajikan mereka dapat dibantu. Selaras dengan kehendak tersebut, YPKT telah menyusun dan melaksanakan program-program dengan lebih sistemastik dan terancang bagi memastikan semua ibu tunggal di Negeri Terengganu mampu memperolehi manfaat daripada program yang dijalankan.

40575755 2175533055821576 1304652000410992640 n

1 September 2018 (Sabtu) bertempat di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 & Jasamu Dikenang. Lebih kurang 1000 orang pegawai dan kakitangan YPKT daripada seluruh Negeri Terengganu telah hadir memeriahkan majlis ini.

Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang mewakili YAB. Menteri Besar Terengganu. APC yang diperkenalkan sejak tahun 2003 ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga YPKT yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan dengan memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan dan rakyat.

40648173 2175530269155188 8769096846355202048 o

Pada majlis tersebut, seramai 44 orang penerima APC bagi tahun penilaian 2017 telah diraikan pada majlis tersebut dengan masing-masing telah menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) dan Sijil Penganugeraha. Turut diraikan bersama adalah penerima Jasamu Dikenang yang terdiri daripada kakitangan YPKT yang telah bersara atau telah tamat perkhidmatan awal seramai 8 orang.

40534932 2175530319155183 2470965616773693440 o

Didalam majlis yang sama turut diadakan gimik pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi mengantikan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

40506414 2175533752488173 5253143245260587008 o

Sekalung tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan kepada penerima Jasamu Dikenang yang telah menyumbang jasa kepada YPKT, segala titik peluh mereka tidak akan dilupakan.

IMG 3578

KUALA NERUS: Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu akan diteruskan pada masa hadapan, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata meskipun ia adalah inisiatif yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) langkah itu diteruskan kerana terbukti ia banyak membantu golongan muda dan pasangan yang kekurangan sumber kewangan mendirikan rumah tangga.

"Mana-mana agenda yang baik dan memberi manfaat untuk rakyat kita akan teruskan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri...selepas ini mungkin akan ada pembabitan pihak swasta selain daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Kita turut mengalu-alukan pasangan bukan Islam yang berasal dari negeri ini untuk memohon menyertai perkahwinan perdana ini agar lebih ramai pasangan yang dapat menyertai majlis perkahwinan ini pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan 183 pasangan pengantin dalam majlis Walimatulurus Perdana 2018 yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini pada Sabtu.

DSC 3189

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Program ini adalah yang keempat dilaksanakan sejak tahun 2016 yang melibatkan 217 pasangan, 271 pasangan pada 2017, 111 pasangan Mac lepas dan 183 pasangan semalam.

-- BERNAMA

DSC 3973

KUALA TERENGGANU, 5 Mei (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) hari ini mengagihkan peruntukan sebanyak RM119,000 kepada 119 pasangan ibu dan bapa tunggal yang melangsungkan perkahwinan tahun ini.

Pengarahnya Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata insentif itu bertujuan menggalakkan perkahwinan di kalangan mereka sekali gus, mencegah gejala tidak sihat seperti khalwat selain memberi mereka peluang membela anak-anak yatim yang ditinggalkan bapa akibat perceraian atau kematian.

Setiap pasangan itu diberikan ganjaran sebanyak RM1,000 untuk digunakan bagi memenuhi keperluan kehidupan baru dan sebagainya.

"Dalam bajet 2018, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk diagihkan kepada mana-mana ibu atau bapa tunggal yang berkahwin dengan syarat mestilah anak Terengganu. Agihan ini adalah yang pertama untuk tahun ini.

"Kita masih ada peruntukan lebih RM80,000 untuk disalurkan kepada mereka yang layak," katanya selepas majlis penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan dan Pinjaman Modal Program Jaya Diri (PJD) oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri serta Hanafiah Mat di sini, hari ini.

DSC 3924

Oleh itu, katanya, mana-mana ibu atau bapa tunggal yang berminat atau sudah berkahwin boleh mendaftar dengan YPK bagi mendapatkan insentif berkenaan.

Sementara itu, Hussin Ahmad, 65, dari Kampung Padang Nenas berkata beliau dan isterinya, Loyah Embun, 50, sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan insentif seumpama itu untuk mereka yang baru berkahwin.

Menurutnya wang tersebut akan digunakan bagi membesarkan perniagaan makanan sejuk beku yang diusahakan secara bersama sejak Februari lalu.

"Kami berkahwin pada 17 Feb lalu selepas bertemu kembali di laman sosial facebook. Sebelum ini kami sudah saling mengenali ketika bekerja sebagai tentera di Kem Seberang Takir. Namun tidak sangka bertemu kembali selepas sekian lama.

"Wang ini kami akan gunakan untuk membeli peti sejuk beku untuk menyimpan lebih banyak stok makanan seperti karipap, kuih bom dan sebagainya untuk jualan kecil-kecilan," katanya.

-- BERNAMA

34459196 1993332264041657 6960708623085338624 n

Tanggal 5 Jun 2018 mencipta sejarah baru bagi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu apabila pihak Pengurusan Tertinggi YPKT mengadakan kunjungan hormat ke atas Y.A.B. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu yang baru di pejabat beliau.

34708738 1993332180708332 1745330831984951296 n

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa selaku Pengarah YPKT bertujuan diantara lainnya adalah untuk bertemu muka dan menerangkan berkaitan aktiviti dan program-program yang dijalankan oleh YPKT.

32564385 1963674133674137 2513608693493268480 o

31945088 1916085468411283 4686551627723702272 n

15 Mei 2018 (Selasa) bertempat di Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal, Chendering telah diadakan Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menyiapkan Bangunan Pusat Kegiatan Ibu Tunggal Negeri Terengganu Kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Majlis telah disempurnakan dengan menandatangani dokumen penyerahan projek di antara pihak pemaju JKR Negeri Terengganu dan Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah YPKT yang disaksikan oleh Ir. Haji Che Kamaruddin bin Bahar, Pengarah JKR Terengganu.

32460635 1963636117011272 3564935529852043264 o

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Terengganu dan juga pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan Pembinaan Bangunan Pusat Kegiatan Ibu Tunggal Negeri Terengganu.

Semoga dengan adanya Kompleks Kegiatan ini akan dapat memacu aktiviti pembangunan ekonomi, sahsiah diri dan pembangunan modal ihsan golongan ibu tunggal diseluruh Negeri Terengganu.

32463624 1963635270344690 5744941172728528896 o

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah membuka Permohonan Jawatan baru terkini kepada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan. Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 15 April 2018

Berikut adalah Jawatan yang dibuka:-

(A) Pegawai Psikologi Gred S41 - Muat Turun 

(B) Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 - Muat Turun

(C) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 - Muat Turun

Sila tekan MUAT TURUN Iklan Jawatan diatas untuk maklumat lanjut beserta dengan Borang Jawatan Kosong dibawah.

MUAT TURUN BORANG JAWATAN KOSONG: Borang Jawatan Kosong

19510549 1899198600121691 261598152598979407 n

Pada 21 Mac 2018, bertempat di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah berlangsung Pertandingan Celik Al-Quran Peringkat Tabilas.

29694747 1899184300123121 1261814521512258807 n

Pertandingan ini melibatkan Tabilas dari seluruh Negeri Terengganu dengan penyertaan kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 9 tahun seramai 54 orang kanak-kanak.

29695557 1899184006789817 7163036212389728470 n

Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Zikir Munajat.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Puan Hajah Ramlah binti Idris, Timbalan Pengarah YPKT.

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa sempena kunjungan ke Terengganu sejak malam tadi, meraikan Majlis Resepsi Perkahwinan  Keluarga Generasi TTB Perkahwinan  Perdana 2018, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

IMG 9431

Majlis disertai oleh 111 pasangan pengantin berlangsung kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas kebanyakan mereka dinikahkan di masjid daerah masing-masing, pagi semalam.

Mereka terdiri daripada 10 pasangan dari daerah Kuala Terengganu dan Besut manakala Setiu (enam pasangan), Kemaman (15 pasangan), Dungun (14 pasangan), Hulu Terengganu (10 pasangan), Marang (tujuh pasangan) serta Kuala Nerus (25 pasangan).

Pada majlis berkenaan, Najib turut berkesempatan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai ke atas salah seorang pengantin berkenaan iaitu pasangan Azmer Rahman, 26, dan Norasyikin Nabila Rahimi, 18.

DSC 9579

Azmer merupakan jurulatih angkat berat Terengganu manakala pasangannya Norasyikin Nabila adalah pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bagi kategori 58 kilogram wanita acara sama.

Najib turut menyampaikan replika kad nikah, sijil Simpanan Premium Bamk Simpanan Nasional (SSP-BSN) bernilai RM1,000, sijil penyertaan kepada wakil pengantin.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud serta Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd. Shafaruddin Mustaffa.Program Perkahwinan Perdana 2018 yang memasuki siri ketiga itu antara lain bagi membantu golongan muda memudahkan proses perkahwinan termasuk membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan  dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka.

Tahun lalu, Terengganu menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menghimpunkan 271 pasangan pengantin dalam majlis resepsi yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Layouts
Colors