Malay Chinese (Traditional) English
 
Arkib Berita

Arkib Berita (175)

Program Inter-Generasi
29 July
2013
Written by:
Published in: Arkib Berita

Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak ini, Bahagian Pembangunan Komuniti Warga Emas Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menjalankan program inter-generasi yang melibatkan warga emas dan juga golongan muda dalam satu aktiviti gotong-royong penyediaan dan pengagihan bubur lambuk mengikut parlimen.

program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan generasi baru dan warga emas melalui aktiviti yang boleh dilakukan bersama. golongan muda yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA, kolej dan institut kemahiran yang berhampiran. selain daripada ilmu pengetahuan yang diterima, pengalaman yang diperoleh daripada program ini diharap mampu digunakan dan dihayati oleh generasi baru.

Tarikh : 20 Julai 2013

Tempat : Masjid Sultan Ismail, Chendering

Peserta : Warga Emas Dan Sukarelawan (Pelajar Uitm Kuala Terengganu)

Aktiviti : Penyediaan Dan Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan

Pertandingan Bercerita TASKA Permata Keluarga YPKT
03 July
2013
Written by:
Published in: Arkib Berita

Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu hari ini menganjurkan Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak TASKA YPKT bagi Parlimen Kuala Terengganu dan pada 3 Julai, 2013 bagi Parlimen Marang.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkasakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua di TASKA. Melalui pendedahan ini, ia memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak secara tidak langsung memupuk minat untuk menguasai dan meminati bahasa inggeris

Pendedahan pada peringkat awal usia penting bagi menjamin masa depan yang cemerlang dan gemilang dalam mempelajari dan mendalami bahasa inggeris disamping meningkatkan pemahaman dikalangan kanak-kanak.

Pertandingan Story Telling ini telah diadakan di Dewan Utama YPKT bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Ibubapa turut sama untuk tidak melepaskan peluang bagi melihat sendiri kepetahan anak-anak bercerita didalam bahasa inggeris didalam pertandingan ini.

Setiap TASKA diwajibkan menghantar wakil didalam pertandingan ini. Kesemuaprops dan peralatan pertandingan disediakan oleh TASKA berkenaan. Masa diperuntukan lebih kurang 15-20 minit bagi persembahan setiap TASKA yang bertanding.

Semoga dengan adanya pertandingan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan serta ilmu yang berguna untuk diterapkan dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak YPKT dalam mencapai misi dan visi jabatan.

Pemeriksaan Kesihatan Pegawai dan Kakitangan YPKT
30 June
2013
Written by:
Published in: Arkib Berita

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama PERKESO Negeri Terengganu telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan kepada pegawai dan kakitangan YPKT yang berumur 40 tahun keatas yang mencarum KWSP sahaja.

Program pemeriksaan ini adalah merupakan pemeriksaan asas kesihatan yang merangkumi saringan Haematology, ujian diabetis, ujian Profil Lipid, saringan air kencing dan tekanan darah tinggi. Pemeriksaan mendapat kerjasama daripada Pathlab Cawangan Kuala Terengganu (Pathology & Clinical Laboratory).

Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini telah diadakan di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang telah dihadiri seramai 49 orang pegawai dan kakitangan yang terlibat. Majlis berakhir pada pukul 1.00 petang.

Pameran Pekan Budaya Daerah Besut
19 June
2013
Written by:
Published in: Arkib Berita

Bermula daripada 21 – 27hb. Jun 2013, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menyertai Pameran Pekan Budaya Daerah Besut bertempat di Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu.

Ini merupakan salah satu daripada aktiviti YPKT bagi memperkenalkan dan menerangkan program-program yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang meliputi segenap lapisan masyarakat.

Pada pameran itu juga, YPKT telah menjemput beberapa orang peserta di bawah bimbingan Program Jaya Diri (PJD) YPKT untuk memperagakan barangan jualan dan keluaran mereka.

Pameran yang berlangsung selama seminggu itu membuka ruang dan peluang kepada penduduk setempat bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan aktiviti jabatan.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan gerai pameran YPKT.

Kempen Kesedaran Dan Amalan 5S
14 June
2013
Written by:
Published in: Arkib Berita

Tanggal 13 Jun 2013 merupakan suatu detik  yang paling penting kepada Warga Kerja Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu kerana bermulalah Kempen Kesedaran dan Amalan 5S peringkat jabatan. Majlis Pelancaran Amalan Berkualiti 5S YPKT dan Gotong Royong Perdana telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Encik Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa selaku Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Di dalam ucapannya beliau berkata bahawa Kempen Kesedaran dan Amalan 5S ini hendaklah dihayati dan diamali oleh ke semua warga kerja YPKT bagi meningkatkan prestasi kerja dan memupuk semangat kekitaan antara kakitangan. Menurut beliau juga, kempen Amalan 5S ini juga akan diperluaskan  kepada semua pejabat YPKT daerah di seluruh Negeri Terengganu.

Di dalam Majlis itu juga, Y.Bhg. Pengarah YPKT  telah menyampaikan sijil perlantikan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Majlis diadakan di Dewan Utama Yayasan pembangunan Keluarga Terengganu dan lebih kurang 200 orang warga kerja YPKT dari seluruh Negeri telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Program Pasca Perkahwinan
11 June
2013
Written by:
Published in: Arkib Berita

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Bahagian Pembangunan Keluarga telah mengadakan Program Pasca Perkahwinan yang diadakan pada 10 Jun, 2013 bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyung.

Seramai 25 pasangan suami isteri yang terdiri daripada Kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu (Pelbagai Agensi) telah hadir pada program tersebut. Program yang diadakan selama sehari itu dikendalikan oleh penceramah terkemuka iaitu Y.Bhg. Dr. Haji Mohd Ridzuan Bin Mohd Sagir.

Di antara intipati dan tujuan program seumpama ini diadakan adalah untuk mengeratkan kembali hubungan suami isteri di dalam melayari bahtera keluarga agar keintiman sentiasa wujud bagi mencapai matlamat “Baiiti Jannati” (Rumahku Syurgaku).

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Encik Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa juga turut hadir sama bagi menyampaikan Sijil Penyertaan kepada setiap pasangan yang mengikuti Program tersebut.

YPKT Naib Juara Kategori jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri Sambutan Perarakan Maulidur Rasul 1434H
27 January
2013
Written by:
Published in: Arkib Berita

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan dengan jayanya pada 12 Rabiul Awal 1434 Hijrah bersamaan dengan 24 Januari, 2013 yang lalu.

Perarakan yang bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” ini telah disertai sebanyak 118 kontinjen melibatkan sebanyak 15,000 peserta dari pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan sekolah menyertai perarakan tersebut.

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang bermula dari  Dataran Shahbandar sejauh kira-kira 2.2 kilometer sebelum berakhir di Stadium Negeri.

Kontinjen Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) muncul naib juara bagi kategori jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun manakala Johan dimenangi oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) dan tempat ketiga dimenangi oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Majlis Penyampaian penutup telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al- Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang mengikut kategori.

Syabas dan Tahniah Kontinjen Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Page 13 of 13
Layouts
Colors