Malay Chinese (Traditional) English
 
Arkib Berita

Arkib Berita (175)

Untuk Makluman kepada ibubapa yang mendapatkan perkhidmatan TASKA Permata Keluarga dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, buat masa ini TASKA masih lagi belum beroperasi pada tarikh 4 Mei 2020 bagi membuat persiapan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat seperti digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pihak kami akan memaklumkan semula pengoperasian TASKA setelah persiapan rapi selesai dibuat. Harap maklum.

Senarai Penuh Barisan Kabinet Malaysia 2020

Sumber : astroawani.com

Majlis Graduasi Kelas Jahitan Komuniti Sesi 2-2019 bagi Parlimen Kemaman telah diadakan pada 12 Februari, 2020 

Majlis diadakan di Dewan YPKT, Pusat Keluarga Kemaman, Terengganu

graduasikmn10

graduasikmn11

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah YPKT

 graduasikmn12

 

graduasikjkdgn10

Majlis Graduasi Kelas Jahitan Komuniti Sesi 2-2019 bagi Parlimen Dungun telah diadakan pada 12 Februari, 2020 

Majlis diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Dungun, Terengganu.

graduasikjkdgn11

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah YPKT

 graduasikjkdgn12

graduasikjkdgn13

Majlis Graduasi Kelas Jahitan Komuniti Sesi 2-2019 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang.
09 March
2020
Written by:
Published in: Arkib Berita

Majlis Graduasi Kelas Jahitan Komuniti Sesi 2-2019 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang telah diadakan pada 11 Februari, 2020 

Majlis diadakan di dewan Kompleks Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Chendering, Terengganu.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan; Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain

20 Januari 2020 (Isnin) telah diadakan Bengkel Latihan Usahawanan Pengusaha produk Ibu Tunggal bertempat di Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu.

Seramai 70 orang Ibu Tunggal yang terpilih dari seluruh Negeri Terengganu menghadiri bengkel ini.

82482548 3453117234729812 4139881533089513472 o

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengenalpasti produk-produk Ibu Tunggal yang akan dipamerkan di Pusat One Stop Center yang akan dibuka di Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu.

82682892 3453126661395536 4996796636140142592 o

Bagi meningkatkan kesedaran kepada pengusaha-pengusaha produk Ibu Tunggal berkenaan konsep keusahawanan yang boleh meningkatkan mutu produk masing-masing dan membantu mereka dalam memasarkan hasil kerja melalui jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi, ngo dan syarikat.

83624785 3453127071395495 271579062823026688 o

Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah Program Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

KUALA TERENGGANU, 5 Januari - Projek Menaiktaraf Kafetaria Wisma Darul Iman kepada Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska)siap sepenuhnya akhir tahun lalu dan diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini.

81506287 3406707366037466 2731471313309794304 o

Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ir Yusof Abd Ghani kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di Taska Permata Keluarga di Tingkat 1, Wisma Darul Iman, di sini.

Mohd Zahari turut menandatangani plak peletakan nama Taska Permata Wisma Darul Iman (TPWDI).

81221757 3406708182704051 2845406895773057024 o

Taska di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang diubahsuai Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada kafetaria kepada taska melibatkan kos RM300,000.

81678358 3406707339370802 4008325344783237120 o

Dengan adanya TPWDI secara tidak langsung memudahkan kakitangan WDI sekali gus merasa tenang untuk bekerja kerana tidak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak di pusat penjagaan.

Kewujudan pusat asuhan dalaman juga membolehkan sistem pemantauan dijalankan dengan baik dan selamat, selain mengurangkan risiko keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengasuh sepanjang ibu bapa mereka keluar bekerja.

Sumber artikel : Teganukita.net

IMG 20191107 WA0023

KUALA TERENGGANU, 8 November- Seramai 65 peminjam daripada kalangan belia, ibu tunggal dan keluarga telah menerima suntikan modal Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT) untuk mereka menjana pendapatan seharian.

Pinjaman berjumlah RM 605 ribu diserahkan kepada peserta dari daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu di Kompleks Ibu Tunggal YPKT, Chendering.

Timbalan Pengarah YPKT, Kamaruzzaman Awang berkata  program itu bertujuan membantu masyarakat  menyediakan peluang pekerjaan dan menambah pendapatan mereka yang ingin menjadi usahawan.

IMG 20191107 WA0022

Kita menerima semua peminjam walau tiada latar belakang perniagaan dan membantu mereka dengan lebih senang untuk berniaga dan berjaya," katanya ketika ditemu bual oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut menyarankan peserta memohon secara berkelompok dengan minimum seramai 3 orang supaya mendapat bimbangan yang betul dari kalangan ahli kumpulan.

"Ia juga muda dipantau oleh pegawai-pegawai terlibat supaya peminjam tersebut tidak gagal dalam perniagaan.

“Kebanyakan usahawan kita berjaya melalui modal yang kecil setelah mengikuti program yang kita sediakan dengan teratur malah berjaya mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan baharu," katanya.

Sumber daripada: teganukita.net

70556166 3106133576094848 7708855195488223232 n

28 hingga 30hb September 2019 telah diadakan Program Retreat Pengurusan dan Program kepada pegawai-pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu selama 3 hari 2 malam bertempat di Copthorne Hotel Cameron Highland, Brinchang, Pahang.

71119902 3106124359429103 6517544976836984832 n

Retreat bertujuan untuk menilai aktiviti / program yang telah dijalankan pada tahun 2019. Menyusun pengisian bagi aktiviti-aktiviti dan program-program yang dirancang dengan lebih teratur dan berkesan. Merangka konsep dan strategi pelaksanaan halatuju program-program Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi tahun 2020.

71649683 3106125596095646 7255407679546327040 n

Retreat perlu diadakan berdasarkan kepada keperluan jabatan untuk membuat penilaian prestasi aktiviti / program jabatan dan mengatur strategi bagi meningkatkan ketrampilan dan prestasi pegawai dalam melaksanakan tugas, menjalinkan semangat kerjasama kerja berpasukan di kalangan pegawai dari sudut kecerdasan, emosi dan spiritual.

72716971 3103919446316261 5851951558513655808 n

26 September 2019 (Khamis) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima lawatan Penilaian Jawatankuasa Pematuhan SAGA (Standard Accounting System For Goverment Agencies) bagi Sistem Perakaunan dan Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

SAGA adalah merujuk kepada Standard Accounting System for Government Agencies (Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan). SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan atau Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya. Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh JANM dan Kriteria Pematuhan SAGA.

71399966 3103918196316386 1963821620833288192 n

Objektif SAGA adalah memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan. Kemudian memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Page 1 of 13
Layouts
Colors