Malay Chinese (Traditional) English
 
Thursday, 02 January 2020 10:36

SYA 5478

KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja bagi penjawat awam di Wisma Darul Iman (WDI) mula beroperasi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Taska Permata Wisma Darul Iman di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu yang diubahsuai daripada kafe wisma berkenaan melibatkan kos RM300,000.

SYA 5479

“Ini juga merupakan salah satu usaha kitadalam menunaikan Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu iaitu membuka pusat asuhan di setiap jabatan kerajaan negeri,” ujarnya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Katanya, setakat ini pengambilan di taska tersebut melibatkan 73 kanak-kanak berumur seawal tiga bulan hingga empat tahun dengan 16 orang tenaga pengajar.

Hanafiah berkata, dengan adanya taska tersebut secara tidak langsung memudahkan kakitangan WDI sekali gus merasa tenang untuk bekerja kerana tidak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak di pusat penjagaan.

"Kewujudan pusat asuhan dalaman juga membolehkan sistem pemantauan dijalankan dengan baik dan selamat, selain mengurangkan risiko keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengasuh sepanjang ibu bapa mereka keluar bekerja,” ujarnya.

Sumber : Teganukita

Monday, 25 November 2019 08:43

IMG 20191107 WA0023

KUALA TERENGGANU, 8 November- Seramai 65 peminjam daripada kalangan belia, ibu tunggal dan keluarga telah menerima suntikan modal Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT) untuk mereka menjana pendapatan seharian.

Pinjaman berjumlah RM 605 ribu diserahkan kepada peserta dari daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu di Kompleks Ibu Tunggal YPKT, Chendering.

Timbalan Pengarah YPKT, Kamaruzzaman Awang berkata  program itu bertujuan membantu masyarakat  menyediakan peluang pekerjaan dan menambah pendapatan mereka yang ingin menjadi usahawan.

IMG 20191107 WA0022

Kita menerima semua peminjam walau tiada latar belakang perniagaan dan membantu mereka dengan lebih senang untuk berniaga dan berjaya," katanya ketika ditemu bual oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut menyarankan peserta memohon secara berkelompok dengan minimum seramai 3 orang supaya mendapat bimbangan yang betul dari kalangan ahli kumpulan.

"Ia juga muda dipantau oleh pegawai-pegawai terlibat supaya peminjam tersebut tidak gagal dalam perniagaan.

“Kebanyakan usahawan kita berjaya melalui modal yang kecil setelah mengikuti program yang kita sediakan dengan teratur malah berjaya mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan baharu," katanya.

Sumber daripada: teganukita.net
Thursday, 10 October 2019 11:15

70556166 3106133576094848 7708855195488223232 n

28 hingga 30hb September 2019 telah diadakan Program Retreat Pengurusan dan Program kepada pegawai-pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu selama 3 hari 2 malam bertempat di Copthorne Hotel Cameron Highland, Brinchang, Pahang.

71119902 3106124359429103 6517544976836984832 n

Retreat bertujuan untuk menilai aktiviti / program yang telah dijalankan pada tahun 2019. Menyusun pengisian bagi aktiviti-aktiviti dan program-program yang dirancang dengan lebih teratur dan berkesan. Merangka konsep dan strategi pelaksanaan halatuju program-program Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi tahun 2020.

71649683 3106125596095646 7255407679546327040 n

Retreat perlu diadakan berdasarkan kepada keperluan jabatan untuk membuat penilaian prestasi aktiviti / program jabatan dan mengatur strategi bagi meningkatkan ketrampilan dan prestasi pegawai dalam melaksanakan tugas, menjalinkan semangat kerjasama kerja berpasukan di kalangan pegawai dari sudut kecerdasan, emosi dan spiritual.

Thursday, 10 October 2019 10:26

72716971 3103919446316261 5851951558513655808 n

26 September 2019 (Khamis) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima lawatan Penilaian Jawatankuasa Pematuhan SAGA (Standard Accounting System For Goverment Agencies) bagi Sistem Perakaunan dan Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

SAGA adalah merujuk kepada Standard Accounting System for Government Agencies (Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan). SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan atau Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya. Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh JANM dan Kriteria Pematuhan SAGA.

71399966 3103918196316386 1963821620833288192 n

Objektif SAGA adalah memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan. Kemudian memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Layouts
Colors