Malay Chinese (Traditional) English
 
Monday, 09 March 2020 12:03

KEMAMAN, 2 Mac - Kerajaan Terengganu mengambil langkah proaktif membela nasib keluarga tunggal dengan melancarkan Buku Panduan Hak-Hak dan Tatacara Tuntutan di Mahkamah Syariah hari ini.


Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali berkata, inisiatif bersama antara Jabatan Kehakiman Syariah dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) turut berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat berkaitan perundangan dalam institusi kekeluargaan.

"Ia sangat penting dan memudahkan orang awam untuk memahami beberapa perkara yang melibatkan undang-undang substantif dan prosedur secara ringkas dan padat.

"Buku ini menyentuh dua skop utama penerangan, iaitu hak-hak yang boleh suami serta isteri tuntut dan prosedur-prosedur yang perlu diikuti semasa prosiding kes berjalan," ujarnya di hadapan 3,000 peserta.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Himpunan 'Siti Aisyah : Seutuh Permata Seindah Humaira' di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini.

HimpunanIT10

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor dan Pengarah YPKT, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah.

Tambah Yahaya, Terengganu juga sedang mengorak langkah untuk merangka Dasar  Wanita Terengganu bagi melahirkan golongan ibu yang berilmu dan lebih berdaya saing.

"Dasar berkenaan dirangka selari dengan suasana masyarakat Terengganu sendiri berlandaskan al-Quran dan hadis," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Ibu Tunggal DUN Pengkalan Berangan, Wan Zaitong Wan Nik terharu dengan komitmen kerajaan negeri dalam membela nasib keluarga tunggal.

Katanya, golongan terbabit sering menghadapi cabaran seperti masalah ekonomi, stigma sosial dan beban peranan dalam kehidupan seharian.

HimpunanIT11

"Namun selepas dibantu, banyak perkembangan positif yang dicapai mereka, contohnya dalam daerah Marang ini ada antara mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan sabun.

"Walaupun baru di peringkat permulaan, sabun daripada madu kelulut itu telah dipilih oleh YPKT untuk dipamerkan di setiap program ibu tunggal, itu kejayaan cukup bermakna," tambah beliau.

HimpunanIT12

sumber : teganukita.net

 

Monday, 09 March 2020 10:54

Majlis Graduasi Kelas Jahitan Komuniti Sesi 2-2019 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang telah diadakan pada 11 Februari, 2020 

Majlis diadakan di dewan Kompleks Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Chendering, Terengganu.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan; Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain

Tuesday, 21 January 2020 10:28

20 Januari 2020 (Isnin) telah diadakan Bengkel Latihan Usahawanan Pengusaha produk Ibu Tunggal bertempat di Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu.

Seramai 70 orang Ibu Tunggal yang terpilih dari seluruh Negeri Terengganu menghadiri bengkel ini.

82482548 3453117234729812 4139881533089513472 o

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengenalpasti produk-produk Ibu Tunggal yang akan dipamerkan di Pusat One Stop Center yang akan dibuka di Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu.

82682892 3453126661395536 4996796636140142592 o

Bagi meningkatkan kesedaran kepada pengusaha-pengusaha produk Ibu Tunggal berkenaan konsep keusahawanan yang boleh meningkatkan mutu produk masing-masing dan membantu mereka dalam memasarkan hasil kerja melalui jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi, ngo dan syarikat.

83624785 3453127071395495 271579062823026688 o

Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah Program Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Monday, 06 January 2020 09:00

KUALA TERENGGANU, 5 Januari - Projek Menaiktaraf Kafetaria Wisma Darul Iman kepada Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska)siap sepenuhnya akhir tahun lalu dan diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini.

81506287 3406707366037466 2731471313309794304 o

Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ir Yusof Abd Ghani kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di Taska Permata Keluarga di Tingkat 1, Wisma Darul Iman, di sini.

Mohd Zahari turut menandatangani plak peletakan nama Taska Permata Wisma Darul Iman (TPWDI).

81221757 3406708182704051 2845406895773057024 o

Taska di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang diubahsuai Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada kafetaria kepada taska melibatkan kos RM300,000.

81678358 3406707339370802 4008325344783237120 o

Dengan adanya TPWDI secara tidak langsung memudahkan kakitangan WDI sekali gus merasa tenang untuk bekerja kerana tidak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak di pusat penjagaan.

Kewujudan pusat asuhan dalaman juga membolehkan sistem pemantauan dijalankan dengan baik dan selamat, selain mengurangkan risiko keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengasuh sepanjang ibu bapa mereka keluar bekerja.

Sumber artikel : Teganukita.net

Layouts
Colors