Malay Chinese (Traditional) English
 
Monday, 02 July 2018 15:07

IMG 3578

KUALA NERUS: Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu akan diteruskan pada masa hadapan, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata meskipun ia adalah inisiatif yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) langkah itu diteruskan kerana terbukti ia banyak membantu golongan muda dan pasangan yang kekurangan sumber kewangan mendirikan rumah tangga.

"Mana-mana agenda yang baik dan memberi manfaat untuk rakyat kita akan teruskan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri...selepas ini mungkin akan ada pembabitan pihak swasta selain daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Kita turut mengalu-alukan pasangan bukan Islam yang berasal dari negeri ini untuk memohon menyertai perkahwinan perdana ini agar lebih ramai pasangan yang dapat menyertai majlis perkahwinan ini pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan 183 pasangan pengantin dalam majlis Walimatulurus Perdana 2018 yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini pada Sabtu.

DSC 3189

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Program ini adalah yang keempat dilaksanakan sejak tahun 2016 yang melibatkan 217 pasangan, 271 pasangan pada 2017, 111 pasangan Mac lepas dan 183 pasangan semalam.

-- BERNAMA

Wednesday, 06 June 2018 16:28

DSC 3973

KUALA TERENGGANU, 5 Mei (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) hari ini mengagihkan peruntukan sebanyak RM119,000 kepada 119 pasangan ibu dan bapa tunggal yang melangsungkan perkahwinan tahun ini.

Pengarahnya Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata insentif itu bertujuan menggalakkan perkahwinan di kalangan mereka sekali gus, mencegah gejala tidak sihat seperti khalwat selain memberi mereka peluang membela anak-anak yatim yang ditinggalkan bapa akibat perceraian atau kematian.

Setiap pasangan itu diberikan ganjaran sebanyak RM1,000 untuk digunakan bagi memenuhi keperluan kehidupan baru dan sebagainya.

"Dalam bajet 2018, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk diagihkan kepada mana-mana ibu atau bapa tunggal yang berkahwin dengan syarat mestilah anak Terengganu. Agihan ini adalah yang pertama untuk tahun ini.

"Kita masih ada peruntukan lebih RM80,000 untuk disalurkan kepada mereka yang layak," katanya selepas majlis penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan dan Pinjaman Modal Program Jaya Diri (PJD) oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri serta Hanafiah Mat di sini, hari ini.

DSC 3924

Oleh itu, katanya, mana-mana ibu atau bapa tunggal yang berminat atau sudah berkahwin boleh mendaftar dengan YPK bagi mendapatkan insentif berkenaan.

Sementara itu, Hussin Ahmad, 65, dari Kampung Padang Nenas berkata beliau dan isterinya, Loyah Embun, 50, sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan insentif seumpama itu untuk mereka yang baru berkahwin.

Menurutnya wang tersebut akan digunakan bagi membesarkan perniagaan makanan sejuk beku yang diusahakan secara bersama sejak Februari lalu.

"Kami berkahwin pada 17 Feb lalu selepas bertemu kembali di laman sosial facebook. Sebelum ini kami sudah saling mengenali ketika bekerja sebagai tentera di Kem Seberang Takir. Namun tidak sangka bertemu kembali selepas sekian lama.

"Wang ini kami akan gunakan untuk membeli peti sejuk beku untuk menyimpan lebih banyak stok makanan seperti karipap, kuih bom dan sebagainya untuk jualan kecil-kecilan," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, 06 June 2018 13:00

34459196 1993332264041657 6960708623085338624 n

Tanggal 5 Jun 2018 mencipta sejarah baru bagi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu apabila pihak Pengurusan Tertinggi YPKT mengadakan kunjungan hormat ke atas Y.A.B. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu yang baru di pejabat beliau.

34708738 1993332180708332 1745330831984951296 n

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa selaku Pengarah YPKT bertujuan diantara lainnya adalah untuk bertemu muka dan menerangkan berkaitan aktiviti dan program-program yang dijalankan oleh YPKT.

Tuesday, 15 May 2018 14:33

32564385 1963674133674137 2513608693493268480 o

31945088 1916085468411283 4686551627723702272 n

15 Mei 2018 (Selasa) bertempat di Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal, Chendering telah diadakan Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menyiapkan Bangunan Pusat Kegiatan Ibu Tunggal Negeri Terengganu Kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Majlis telah disempurnakan dengan menandatangani dokumen penyerahan projek di antara pihak pemaju JKR Negeri Terengganu dan Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah YPKT yang disaksikan oleh Ir. Haji Che Kamaruddin bin Bahar, Pengarah JKR Terengganu.

32460635 1963636117011272 3564935529852043264 o

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Terengganu dan juga pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan Pembinaan Bangunan Pusat Kegiatan Ibu Tunggal Negeri Terengganu.

Semoga dengan adanya Kompleks Kegiatan ini akan dapat memacu aktiviti pembangunan ekonomi, sahsiah diri dan pembangunan modal ihsan golongan ibu tunggal diseluruh Negeri Terengganu.

32463624 1963635270344690 5744941172728528896 o

Layouts
Colors