Malay Chinese (Traditional) English
 
Sunday, 20 January 2019 08:23

49418630 2442628872445325 8621393174448832512 n

15 Januari 2019 (Selasa) bertempat di Dewan Utama YPKT telah diadakan Majlis Bersama Pengarah YPKT, Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa sempena pertukaran beliau ke TATI University College Kemaman.

Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa telah berkhidmat di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu selama 31 Tahun bermula pada 7 Mac 1987 dan memegang jawatan Pengarah YPKT bermula pada 1 November 2005 selama 14 tahun sehingga 15 Januari 2019.

50183001 2442629162445296 3654487165636706304 n

Jawatan Pengarah YPKT yang baru akan diambil alih oleh Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Setiausaha Majlis Pembandaran Kemaman. Beliau akan mula berkhidmat di YPKT bermula pada 16 Januari 2019.

Semoga Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa terus memberi perkhidmatan yang cemerlang ditempat baru.

49239520 2442627609112118 2174212814325940224 n
Tuan Haji Shafaruddin bin Mustaffa bersama barisan Ketua Penolong Pengarah dan pegawai-pegawai YPKT.

Sunday, 30 December 2018 08:21

48429370 2401495346558678 912202056683487232 n

Majlis Meraikan Atlet SUKMA XIX Perak 2018 & Pertukaran Perjanjian Kerjasama Kajian Pemakanan Sukan Angkat Berat Terengganu antara Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Telah diadakan pada malam 26 Disember 2018 (Rabu) bertempat di Dewan Utama YPKT.

Sukan angkat berat telah menyumbang dua pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa di samping ranking ke 11 dalam acara sukan serta menyumbang pingat kepada negeri sehingga berjaya menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018.

49095505 2401494749892071 2319478787349151744 n

Manakala bagi Muhamad Darul Najmi bin Dollah yang berjaya mencipta rekod baru dalam acara 69 kilogram 'clean and jerk' lelaki dengan bebanan 164 kilogram telah menerima hadiah sebuah motosikal Yamaha Ego Alantiz daripada YPKT yang merupakan Jabatan Angkat kepada Sukan Angkat Berat Negeri Terengganu.

Majlis dirasmikan oleh YB. Tuan Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.

48420951 2401494889892057 2983922692035444736 n

Turut hadir, YB. Hj. Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja merangkap Bapa Angkat kepada Sukan Angkat Berat Negeri Terengganu; YBhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah YPKT; Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif, Naib Canselor Unisza; Haji Ibnu Amin Busu, Pengarah MSNT.

Tuesday, 23 October 2018 10:52

44252404 2260615350646679 3634104260167204864 o

18 Oktober 2018 (Khamis), Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu telah dikunjungi oleh Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Khairunnisa') yang diketuai oleh Y.A.Bhg. Tuan Faizah binti Tuan Abd. Rahman, isteri kepada Y.A.B. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Turut hadir sama adalah To' Puan Seri Hjh. Zainab binti Awang Ngah, isteri kepada YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi bin Awang, Puan Hajah Zarani binti Othman, isteri kepada YB Speaker Negeri Terengganu, Puan Zainon Abd Wahab, isteri kepada YB. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Dakwah dan Penerangan, Dr. Farhaan Husainy hasbullah, isteri YB. DUN Batu Buruk dan Dr. Nordiana Ahmad Takri, isteri YB. Parlimen Kuala Terengganu.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk menerangkan peranan dan fungsi Kelab Ibu Tunggal Negeri Terengganu dalam memperkasakan ibu tunggal selari dengan kepimpinan kerajaan masa kini.

4 fokus utama dalam pelaksanaan Program Memperkasakan Ibu Tunggal adalah bimbingan ekonomi & kemahiran, bimbingan perundangan, bimbingan kekeluargaan & transformasi minda dan kesedaran kesihatan.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah diberi tanggungjawab untuk menyatu dan memperkasakan jati diri golongan Ibu Tunggal agar permasalahan dan kebajikan mereka dapat dibantu. Selaras dengan kehendak tersebut, YPKT telah menyusun dan melaksanakan program-program dengan lebih sistemastik dan terancang bagi memastikan semua ibu tunggal di Negeri Terengganu mampu memperolehi manfaat daripada program yang dijalankan.

Sunday, 02 September 2018 15:23

40575755 2175533055821576 1304652000410992640 n

1 September 2018 (Sabtu) bertempat di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 & Jasamu Dikenang. Lebih kurang 1000 orang pegawai dan kakitangan YPKT daripada seluruh Negeri Terengganu telah hadir memeriahkan majlis ini.

Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang mewakili YAB. Menteri Besar Terengganu. APC yang diperkenalkan sejak tahun 2003 ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga YPKT yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan dengan memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan dan rakyat.

40648173 2175530269155188 8769096846355202048 o

Pada majlis tersebut, seramai 44 orang penerima APC bagi tahun penilaian 2017 telah diraikan pada majlis tersebut dengan masing-masing telah menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) dan Sijil Penganugeraha. Turut diraikan bersama adalah penerima Jasamu Dikenang yang terdiri daripada kakitangan YPKT yang telah bersara atau telah tamat perkhidmatan awal seramai 8 orang.

40534932 2175530319155183 2470965616773693440 o

Didalam majlis yang sama turut diadakan gimik pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi mengantikan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

40506414 2175533752488173 5253143245260587008 o

Sekalung tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan kepada penerima Jasamu Dikenang yang telah menyumbang jasa kepada YPKT, segala titik peluh mereka tidak akan dilupakan.

Layouts
Colors