Malay Chinese (Traditional) English
 
Tuesday, 05 March 2019 09:03

16 Februari 2019 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Pasca Perkahwinan Keluarga Jannah - Sehati Sejiwa buat kali pertama pada tahun 2019. Siri pertama ini terdiri daripada 45 pasangan daripada Parlimen Besut dan telah diadakan di Kem Damai Beach Resort, Besut, Terengganu.

51981998 1503738909759817 7968512983875715072 o

Program ini diadakan bagi menangani isu kebarangkalian berlakunya perceraian dikalangan keluarga muda yang usia perkahwinan dibawah 5 tahun kebawah.

Program ini akan menyatuni secara terperinci berkenaan dengan Pengurusan Kewangan Keluarga, Kenali Hati, Kenali Jiwa dan Komunikasi Dalam Keluarga. Kita bukan sahaja mahu mencapai skil kemahiran berkeluarga tetapi juga keberkatan berkeluarga kerana barakah itulah yang akan memastikan sesebuah keluarga itu mendapat Assa'adah Haqiqiyah (Kebahagian Hakiki).

52565945 1503738536426521 6175904861293379584 o

Program ini telah dikendalikan oleh Puan Junainah binti Ahmad Esa daripada Agensi kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Kuala Terengganu dan Tuan Haji Abdul Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga YPKT.

Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad, PPDUN Jertih.

52991401 1503736093093432 6249183106511667200 o

Monday, 28 January 2019 07:52

51081689 2038118049813866 5063474315488395264 n

27 Januari 2019 (Ahad) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima kunjungan daripada Bahagian Perancangan Strategik Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk membincangkan berkenaan Pelaksanaan Program Insentif Perkahwinan Ibu Tunggal dan Bapa Tunggal dan Walimatulurus Perdana di Negeri Terengganu. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat 2 dan dikendalikan oleh Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga.

51027010 2038117989813872 8157571332507172864 n

Antara yang hadir daripada Bahagian Perancangan Strategik LPPKN adalah Pn. Nafisah Abdullah, Pemangku Pengarah, En. Ishmahalil Ishak, Penolong Pengarah Kanan dan Cik Aini Fazana Zainal Abidin, Penolong Pengarah. Daripada LPPKN Terengganu adalah En. Muhamad Noh Abdullah, Pengarah LPPKN Terengganu dan Pn. Saidah Alawaiyah Abdul Rahim, Penolong Pengarah kanan.

Thursday, 24 January 2019 12:29

50309691 2229435440629703 2180733150206885888 n

23 Januari 2019 / Rabu – Bertempat di Dewan Utama YPKT telah berlangsung Bengkel Kepimpinan Pengurusan Desa Keluarga YPKT 2019.

Bengkel seperti ini adalah yang pertama kali diadakan untuk semua Ahli Jawatankuasa Kelab Penghuni Desa Keluarga Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman seramai 45 orang. Turut serta dalam bengkel ini adalah Pegawai Kawasan YPKT dan Pengurus Desa Keluarga Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

50155050 2229434467296467 2445319825883398144 n

Bengkel ini dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan ciri-ciri kepimpinan serta merapatkan hubungan diantara pengurusan Desa Keluarga dan ahli jawatankuasa kelab.

50927221 2229435590629688 4835518191813787648 n

Bengkel yang berlangsung separuh hari ini dikendalikan sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi, En. Kamarulzaman bin Awang dan dirasmikan oleh Y.Bhg En. Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Sunday, 20 January 2019 08:50

50580412 2447114711996741 557197334354591744 n

17 Januari 2019 - Bertempat di bilik Mesyuarat YPKT telah diadakan Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu daripada mantan pengarah, Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa kepada Pengarah YPKT yang baru, Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak.

Di kesempatan ini, seluruh warga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mengucapkan Selamat Datang kepada Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT yang baru. Selamat menjalankan tugas.

Salam perpisahan buat mantan pengarah, Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa dan selamat bertugas di TATIUC Kemaman. Segala jasa dan bakti yang telah di taburkan untuk YPKT amatlah dihargai.

Layouts
Colors