Malay Chinese (Traditional) English
 
Monday, 01 April 2019 08:45

23 Mac 2019 (Sabtu) telah diadakan Program Hari Keluarga Desa Keluarga Kemaman 2019 bertempat diperkarangan Desa Keluarga Kemaman. Pelbagai aktiviti telah diadakan bermula dari pagi sehingga petang bagi mengeratkan lagi silatulrahim diantara penghuni di Desa Keluarga Kemaman.

56242809 2268831133356800 8865866887645364224 o

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu. Turut hadir sama adalah Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, En. Ahmad Faris bin Abdul Razak.

56169711 2268831116690135 7567145348011917312 o

55853745 2268824353357478 7016476518566068224 o

Monday, 01 April 2019 08:22

Pada 17-19 Mac 2019 telah diadakan Kursus Pemantapan Kakitangan Bahagian Sosio Ekonomi YPKT di Tanjung Demong Beach Resort, Besut Terengganu.

54525968 2266247266948520 3049766417583833088 o

Tujuan kursus diadakan adalah untuk memastikan kakitangan sentiasa komited terhadap kerjaya dengan menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu untuk melahirkan kakitangan yang berjiwa murni yang sentiasa peka dengan masyarakat sekitar sama ada di dalam dan di luar waktu kerja.

55576894 2266243563615557 2549569604259151872 o

54522440 2266240516949195 5071417599804309504 o

Di antara pengisian kursus ini adalah team building, amanah dalam pekerjaan, pengurusan program dan acara, pengucapan awam dan jiwa murni yang menumpukan kerja-kerja khidmat masyarakat bersama penduduk setempat.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Puan Hajah Ramlah binti Idris, Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Tuesday, 05 March 2019 10:41

52813689 2521803814527830 8615923134165417984 o

19 Februari 2019 (Selasa) - Jabatan Akautan Negara Malaysia telah mengadakan lawatan Sekretariat Pematuhan Standard System For Goverment Agencies (SAGA) bagi Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Tujuan lawatan ini adalah bagi memantau pelaksanaan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan YPKT mengikut kehendak kriteria SAGA sebelum lawatan Panel untuk persijilan SAGA.

52702810 2521804104527801 1747904518122635264 o

Antara yang hadir daripada Jabatan Akautan Negara Malaysia adalah Pn. Norfarazila binti Abdul Rahim, Pn. Juhaila binti Omar dan Pn. Nor Azila binti Md Noor. Manakala daripada Idwal System Sdn. Bhd. adalah En. Khairul Salleh bin Md Riffin, En. Mohd Ridzuan bin Abdul Rani dan En. Mohd Faiza Zuhaimi bin Abdul Ghafa.

Tuesday, 05 March 2019 10:24

52739744 2245942505645663 4184677333317189632 n

17 Februari/Ahad- Bertempat di Dewan Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu telah diadakan Kursus Asas Keusahawanan kepada peserta Program Jaya Diri Parlimen Marang.

52776040 2245942178979029 4195960805109268480 o

Kursus tersebut dikendalikan sendiri oleh Encik Kamarulzaman bin Awang Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi YPKT. Sejurus selepas kursus dilangsungkan pula Majlis Penyerahan Pinjaman Modal PJD Marang yang melibatkan 17 orang peserta baru dengan jumlah pinjaman keseluruhan RM 133,000.00.

52838920 2245942048979042 4382432127434620928 o

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Layouts
Colors