Malay Chinese (Traditional) English
 
Thursday, 05 March 2020 11:28

Perkahwinan Perdana 2020

Permohonan Program Walimatulurus Perdana 2019 telah dibuka. Sila baca syarat-syarat kelayakan ada tertera di setiap borang. 

PERHATIAN: Tarikh tutup permohonan Walimaturus Perdana SEBELUM 15 Mei 2020 (Ahad).

Sila muat turun pada pautan dibawah:

Borang Permohonan Walimatulurus Perdana 2020

Tuesday, 16 April 2019 12:41

57062178 1546848555448852 6646410922183098368 o

15 April 2019 (Isnin) telah berlangsungnya Program Fityah Terengganu (FATEH) - Taklif buat kali pertamanya bagi tahun 2019. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Kemaman yang dikendalikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga YPKT, Tuan Haji Ghafar bin Mamat.

Taklif adalah program yang memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan tanggungjawab dalam membimbing anak-anak dalam menempuh cabaran hidup dan juga menanam kesedaran kepada anak-anak untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya dari segi dosa-pahala, halal haram selepas mencapai umur akhil baligh.

57133912 1546847198782321 2193110704788078592 o

Turut hadir sama dalam program ini; Pegawai Kawasan YPK Kemaman, En. Wan Zakaria bin Wan Mamat.

Terima kasih kepada pihak SMK Sultan Ismail 2 yang telah membantu Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dalam menjayakan Program Taklif ini.

Thursday, 04 April 2019 10:04

Bahagian Perkembagan Awal Kanak-Kanak telah menganjurkan Kursus Pertolongan Cemas Dan Pengecahan Keselamatan Di Taska (CPR) dengan kerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kepada 140 orang Pendidik TASKA Permata Keluarga YPKT dari seluruh Negeri Terengganu pada 1 dan 2 April 2019 bertempat di Dewan Utama YPKT. Kursus ini merangkumi dua sesi di mana sesi pagi teori dan sesi petang praktikal.

56325285 1001884446682984 9053149598012407808 o

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya.

Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruHh terutama bagi mereka yang terlibat dalam bidang pengasuhan kanak-kanak.

55802456 1001884916682937 5802888029672570880 o

Monday, 01 April 2019 09:17

27 Mar 2019 (Rabu) telah diadakan Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Rhu Rendang bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Marang.

62178qwyeeqiw1

Program ini telah dirasmikan oleh Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah binti Tuan Abdul Rahman.

Beliau menyeru anak-anak yang mempunyai ibu bapa supaya berbakti kepada mereka yang kini mungkin berusia lingkungan Warga Emas kerana mereka mungkin tidak mampu menguruskan diri dengan baik, lebih-lebih lagi jika tinggal berseorangan.

62178qwyeeqiw2

Program ini adalah Anjuran bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Marang dan i-MiTS Rhu Rendang.

62178qwyeeqiw4

Turut hadir adalah Doktor dan Jururawat dari Klinik Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah Marang serta Pegawai Pengurusan Ar Rahnu YaPEIM.

62178qwyeeqiw3

Layouts
Colors