Malay Chinese (Traditional) English
 
Wednesday, 28 August 2019 12:26

69847890 3000627369978803 6780433821876617216 n

24 Ogos 2019 (Sabtu) telah berlangsungnya Pertandingan Storytelling Peringkat Akhir Negeri Terengganu 2019 bertempat di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Pertandingan yang bertemakan "Islamik dan Sains" ini telah dijuarai oleh kanak-kanak TASKA Permata Keluarga Kemaman dengan persembahan yang penuh bertenaga daripada 8 Parlimen Negeri Terengganu.

69048022 3000623529979187 5835232406176530432 n

Tujuan program ini diadakan adalah bagi membina keyakinan dan keberanan diri yang tinggi untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai juga merupakan titik mula mereka melangkah alam sosial. Kemahiran ini akan memantapkan diri mereka agar mudah dan berjaya menyesuaikan diri sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya dan mesyarakat sekeliling mereka.

Wednesday, 28 August 2019 10:45

68934444 2998155490225991 325805241138151424 n

BANDAR PERMAISURI, 17 Ogos (Bernama) -- Seramai 194 pasangan mempelai diijabkabul hari ini di seluruh Terengganu melalui Majlis Walimatulurus Perdana 2019.

Antara pasangan yang ditemubual ialah Muhammad Amirul Hariz Zaaba, 21, dan Nurul Hazmera Ruslan, 23, yang bersyukur kerana melalui program itu majlis perkahwinan mereka dapat dipercepatkan.

“Dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,100 saya memerlukan masa yang lebih lama untuk mengumpul wang simpanan untuk melangsungkan perkahwinan.

"Jika mengikut perancangan awal kami memerlukan masa lebih setahun lagi untuk mengumpul wang,” kata Muhammad Amirul Hariz yang bekerja sebagai juruteknik kilang.

Mereka ditemui pada Majlis Walimatulurus Perdana 2019 peringkat Setiu di sini hari ini yang turut disertai 13 pasangan yang lain.

69286159 2998158946892312 8634873045271445504 n

Bagi Herpa Saffar, 27, iaitu anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang dinikahkan dengan Nur Syafina Asnani Alpatlo, 22, seorang anak jati Terengganu, berpendapat majlis itu telah membantu mengurangkan kos kenduri yang perlu ditampung bagi pihaknya dan isteri.“Ketika ahli keluarga isteri memberitahu mengenai program berkenaan, saya dan isteri tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai majlis ini… Untuk membuat kenduri bagi kedua-dua belah pihak kami memerlukan kos yang sangat besar ekoran jarak negeri yang jauh.

“Saya juga dapat menampung perbelanjaan perjalanan keluarga isteri ke majlis sebelah saya di Kota Kinabalu nanti,” kata Herpa.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut hadir pada majlis itu berkata, program itu inisiatif Kerajaan Negeri dalam memudahkan urusan anak muda yang ingin mendirikan rumahtangga. 

“Untuk kos setiap pasangan dianggarkan kira-kira RM4,000 yang mana turut merangkumi pakaian persalinan, makan dan minuman serta tempat berlangsungnya majlis perkawinan.

“Kadangkala mereka ini (pasangan pengantin) mempunyai pelbagai kekangan, jadi ada perkara kita boleh usahakan di peringkat Kerajaan Negeri… Tinggal lagi rakyat negeri ini yang selayaknya merebut peluang,” katanya.

-- BERNAMA

Thursday, 18 July 2019 15:29

66820850 2889364194438455 1574771637641805824 n

18 Julai 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah diadakan Program Motivasi Atlet SUKANUN YPKT 2019.

Seramai 42 Atlet terdiri daripada pemain-pemain Bola Sepak Veteran Lelaki, Tenpin Boling Lelaki, Bola Jaring dan Karom yang akan berangkat dan bertanding di UiTM Shah Alam dari 19 Julai sehingga 26 Julai 2019 nanti.

Tujuan motivasi ini diadakan adalah untuk memupuk dan meningkatkan semangat berpasukan dikalangan atlet Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan disamping itu ianya juga dapat meningkatkan semangat juang dan keyakinan diri atlet dalm menghadapi cabaran sepanjang kejohanan tersebut.

Penceramah jemputan bagi memberi motivasi tersebut adalah Al Fadhil Ustaz Mastura Bin Mohamad, Imam Masjid Buluh Gading dan Haji Nazree bin Najmi, Penolong Pengarah (Pembangunan) Majlis Sukan Negeri Terengganu.

66768528 2889364507771757 4099589916604760064 n 

67375188 2889372421104299 8286162820853137408 n

Semoga YPKT membawa pulang pingat emas pada tahun ini.

YPKT NELANG!!

Sunday, 02 June 2019 16:01

61258668 1581823221951385 8097136358058885120 o

29 Mei 2019 (Rabu) telah diadakan taklimat berkenaan program yang dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu kepada Institut Modal Insan Terengganu (i-MiTS) dan Pejabat Khidmat Masyarakat dari semua Dewan Undangan Negeri di Terengganu.

Taklimat ini diadakan bertujuan memberi penerangan terperinci tentang program-program yang akan dilaksanakan di seluruh kawasan di Negeri Terengganu dengan bekerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak YPKT bersama i-MiTS dan Pejabat Khidmat Masyarakat mengambil peranan secara aktif dalam menjayakan suatu program yang diadakan.

Layouts
Colors