Malay Chinese (Traditional) English
 
Thursday, 24 September 2020 08:24
Program Waladun Soleh adalah program baharu dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Al-Baghdadi. Program ini telah berjalan pada 21 September 2020 di Parlimen Hulu Terengganu kemudian di Parlimen Hulu Terengganu dan pada 22 September 2020 di Parlimen Dungun dan Kemaman dan akan menyusur diseluruh negeri Terengganu.
 
120093407 4438348262873366 2919741875322692734 o
 
Waladun Soleh adalah program khusus kepada ibu mengandung dimana satu program stimulasi janin melalui kaedah ApeP1344 yang dibawa khas oleh Al-Baghdadi Prenatal Education menggunakan bunyi-bunyi asas Al-Quran ke arah melahirkan generasi genius Al-Quran.
 
Dengan program ini dapat memberi pendedahan terkini dan tepat kepada ibu mengandung berkenaan cara dan kaedah mendidik anak bermula daripad janin mengikut ajaran islam.
 
119918236 4438364672871725 2872667873334956213 o
 
Pengendali program ini adalah daripada Al-Baghdadi sendiri iaitu Encik Azri bin Jemani, Pengarah Pemasaran Al-Baghdadi Group Sdn. Bhd. dan merupakan CEO Neuro Nadi Global. Pengendali kedua ialah Puan Haslinda binti Jaafar, Pengarah Al-Baghdadi Pregnatal Education Program (APeP).
 
120072482 4438363699538489 8201658238944188968 o
Monday, 10 August 2020 09:02

117391633 4206997992675062 9194879202966300169 o

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan penuh kepada program Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) dalam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata program itu memberi peluang pekerjaan kepada anak negeri dalam meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran.

Katanya, ini jelas terbukti apabila terdapat unjuran pertambahan dan permintaan terhadap Home Manager dari tahun ke tahun.

“Terdapat lanjutan permintaan yang tinggi untuk menggunakan khidmat Home Manager ini setiap tahun dan ia merupakan satu perkara yang positif.

“Secara tidak langsung dapat menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing dalam kerjaya ini disamping dapat membantu golongan miskin, belia-beliawanis dan ibu tunggal dalam meningkatkan taraf hidup juga pendapatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) Tahun 2019 di Dewan Bangunan Kompleks Ibu Tunggal, Chendering hari ini.

Seramai lima ‘Home Manager’ menerima anugerah APC yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf perkhidmatan serta membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM500.

117145232 4206998276008367 1823799835419678978 o

Dalam majlis yang sama, 18 orang kakitangan ‘Home Manager’ turut menerima Sijil Pelantikan Personal Sistem Dual Nasional (SLDN) sebagai Jurulatih dan Pelatih.

Sementara itu, Zuraida turut melahirkan rasa teruja beliau apabila majoriti peserta ‘Home Manager’ ini sebahagian besarnya adalah wanita.

“Saya cukup teruja dengan program ini apabila pesertanya adalah ibu tunggal yang mana salah satu hasrat saya, mereka ini berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan.

“Jadi saya lihat program ini adalah platform terbaik untuk mereka menambah pendapatan diri dan keluarga,” ujarnya.

Oleh : Mastura Jamal Din | Sumber : TRDI

Monday, 10 August 2020 07:58

115803471 4145751055466423 1308143300461113320 o

 

KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menghargai inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang meluluskan bajet sebanyak RM270,000 bagi pelaksanaan 9 siri kursus asuhan awal kanak-kanak.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Wan Mohd Zaki Wan Abdullah berkata, pelaksanaan kursus tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan pengasuh-pengasuh yang berkelayakan dalam bidang perkembangan awal kanak-kanak secara atas talian (online) terutama di musim penularan COVID-19.

115930288 4145751372133058 5896094674177426403 o

"Kerajaan negeri berterima kasih kepada JKM Negeri dan Malaysia yang memberi kepercayaan dan amanah kepada YPKT sebagai pusat akreaditasi dan pelaksana Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP) secara online.

"Kursus Asuhan Dan Didikan Awal KAP merupakan kursus wajib di bawah Akta TASKA 1984 dan peraturan-peraturan TASKA 2012, di mana ia memberi penekanan kepada enam bidang perkembangan utama kanak-kanak di bawah umur empat tahun.

"Modul tersebut diubah suai dan ditambah baik bersesuaian dengan kaedah terkini untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Objektif utama KAP adalah bagi meningkatkan kualiti pengasuhan kanak-kanak serta meningkatkan profesionalisme para pengasuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kursus Asuhan Dan Didikan Awal KAP Secara Atas Talian (Online) Melalui Program Insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Dewan Utama YPKT di sini hari ini.

 

Artikel Oleh: Nur 'Afini Yahaya (trdi.my)

Tuesday, 09 June 2020 13:51

DSC 6763

TASKA Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah beroperasi semula bermula 9 Jun, 2020 (Selasa) di mana Pihak Pengurusan YPKT memberi keutamaan kepada ibubapa bagi penghantaran anak ke TASKA kepada kategori berikut:

i) Petugas di barisan hadapan (Frontliners) seperti pasukan / petugas polis diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bomba & Penyelamat dan seumpamanya.

ii) Ibubapa / penjaga kanak-kanak (dwi kerjaya) yang berkeperluan keluar untuk ketempat kerja secara serentak.

Semua ibubapa yang terlibat perlu mengemukakan surat pengesahan majikan masing-masing yang menjelaskan keperluan keberadaan ibubapa berkenaan ditempat kerja dan pengesahan ini perlu dihantar ke TASKA masing-masing.

Page 1 of 63
Layouts
Colors