Malay Chinese (Traditional) English
 

Majlis Pelancaran Program Sumbangan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)

(2 votes)



Tanggal 28 Julai 2015 bertempat di Dewan Konvesyen Taman Tamadun Islam (TTI) telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Sumbangan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) peringkat Negeri Terengganu. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman.

Diantara objektif program seumpama ini diadakan adalah sebagai mana berikut:-

      • Menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran.
      • Meraikan kanak-kanak yang dilahirkan di Negeri Terengganu dengan harapan dapat menyumbang perkembangan positif kepada pembangunan negeri selaras dengan kehendak di dalam prinsip kelapan Transformasi Terengganu Baharu iaitu Memperkasakan Pendidikan.

Pada majlis tersebut juga, YAB. Menteri Besar bersama dengan Y.B. DUN dan pegawai penyelaras DUN dari seluruh Negeri Terengganu telah mengadakan gimik pelancaran bermula dengan upacara berendoi disusuli dengan upacara tahnik dan juga upacara mencukur jambul bayi.

Seramai lebih kurang 4000 orang yang telah hadir memeriahkan majlis teresebut.

 

Read 1243 times Last modified on Monday, 03 August 2015 16:36
Layouts
Colors