Malay Chinese (Traditional) English
 

Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon SMARTSTART Pada 20 Hingga 22 September 2015

(3 votes)

PROGRAM PASCA PERKAHWINAN 2nd HONEYMOON SMARTSTART
Tarikh : 20-22 September, 2015
Tempat : Heritage Hotel, Cameron Highlands

Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon Smartstart yang dilangsungkan di Heritage Hotel, Cameron Highlands ini telah dijayakan oleh 35 pasangan suami isteri hasil kerjasama antara YPKT dan juga LPPKN Negeri Terengganu. Sepanjang 3 hari 2 malam program ini dijalankan, para peserta telah didedahkan dengan kaedah-kaedah bagi meningkatkan penguasaan ilmu pengurusan minda dan emosi serta sikap positif ke arah memantapkan dan meningkatkan hubungan suami isteri.

Selain dari itu, kursus ini juga adalah bagi meningkatkan kefahaman antara pasangan dalam menangani konflik dan cabaran hidup berkeluarga secara kreatif dan penuh bermakna dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam rumahtangga. Peserta juga didedahkan cara-cara memupuk sikap kecaknaan, ambil berat dan sikap keperihatinan yang tinggi terhadap kehendak dan keperluan pasangan dan ahli keluarga untuk meningkatkan perhubungan dan kemesraan berterusan dalam kehidupan bersama pasangan dan keluarga.

Antara penceramah yang terlibat ialah Tn. Hj. Fauzy bin Abd. Ghani, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Keluarga) YPKT dan Mrs. Lim Lee Peng, Pegawai Penerangan LPPKN.

Read 1656 times Last modified on Wednesday, 07 October 2015 09:03
Layouts
Colors