Malay Chinese (Traditional) English
 

MAJLIS RESEPSI WALIMAH PERDANA 1TERENGGANU 1SEBERANG TAKIR ANJURAN YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU

(0 votes)

Pada 29 Ogos 2015, bertempat di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Nerus, telah diadakan Majlis Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu 1Seberang Takir. Yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Seramai 61 pasangan yang berkahwin sepanjang tahun lalu diraikan pada majlis anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Setiap pasangan menerima hadiah berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM200 sebagai galakan kepada masyarakat untuk berkahwin dan mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Sementara itu, bagi pasangan Wan Mohd Zulkifli Wan Muda, 28, dan Wan Amirul Farieda Wan Zamri, 23, dari Kampung Tok Jembal mengakui terharu apabila bersanding buat kali kedua pada majlis berkenaan.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka diberi peluang untuk bersanding buat kali kedua, meskipun kini sudah mempunyai seoang cahaya matahasil perkahwinan yang dilangsungkan pada Mei tahun lalu.

Read 1239 times Last modified on Monday, 14 September 2015 09:06
Layouts
Colors