Malay Chinese (Traditional) English
 

Majlis Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) 2015 Kanak-Kanak TASKA Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

(0 votes)

Stadium Negeri, Kuala Terengganu, 19 November, 2015: Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sekali lagi telah berjaya melangsungkan Majlis Penyampaian Sijil Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) kepada Kanak-kanak TASKA PERMATA Keluarga (TPK), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Pada tahun ini seramai 920 orang kanak-kanak TPK berusia empat tahun telah berjaya menghafaz 23 Surah Lazim. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Pehimi Bin Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri.

Bertepatan dengan objektif program ini iaitu memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak bagi memastikan mereka tiada masalah untuk mengikuti pengajian Al-Quran pada peringkat yang lebih tinggi serta memupuk minat untuk membaca Al-Quran, majlis yang telahpun bermula semenjak tahun 2007 ini lagi akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang dengan sasaran peningkatan jumlah kanak-kanak dari tahun sebelumnya.

 

Read 1343 times Last modified on Tuesday, 15 December 2015 11:40
Layouts
Colors