Malay Chinese (Traditional) English
 

Hari Kebangsaan 2015 #sehatisejiwa Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

(0 votes)

Seramai 4250 peserta daripada 147 kontijen termasuk Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menyertai pembarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Sebelum berkumandang laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali oleh Menteri Besar Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman. Acara kemudian diteruskan dengan perarakan oleh 147 kontijen yang mengambil bahagian bermula ari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menuju ke pentas utama Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.

Sebanyak lapan kategori dipertandingan dimana setiap  juara memenangi piala pusingan, wang tunai RM4,000 berserta sijil penghargaan. Naib juara (RM3,000) dan tempat ketiga pula RM2,000 beserta sijil penghargaan.

Kontinjen Kesatria UiTM Terengganu muncul johan keseluruhan dalam pertandingan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015, peringkat negeri Terengganu, hari ini.

Pasukan itu turut berjaya memenangi johan bagi kategori jabatan kerajaan/badan berkanun/IPT beruniform sekaligus layak dinobatkan johan keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan piala pusingan.

Juara bagi pancaragam sekolah-sekolah menengah dimenangi pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin; pasukan Sekolah-sekolah menengah tidak beruniform (Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam), jabatan kerajaan tidak beruniform (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu).

Manakala  juara bagi pasukan badan berkanun tidak beruniform dimenangi Majlis Daerah Setiu, pasukan jabatan kerajaan/badan berkanun/IPT beruniform (Kesatria UiTM Terengganu) dan pasukan sekolah beruniform (Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat-Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri).

Bagi kategori swasta/GLC/IPT terpilih juara dimenangi EPIC Berhad dan kategori khas JKKK, gelaran juara dimenangi J3K kampung Bukit Teruna, Kemaman.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria serta barisan Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan. 

Read 1133 times Last modified on Monday, 14 September 2015 16:52
Layouts
Colors