Malay Chinese (Traditional) English
 

194 mempelai diraikan dalam Majlis Walimatulurus Perdana 2019

(0 votes)

68934444 2998155490225991 325805241138151424 n

BANDAR PERMAISURI, 17 Ogos (Bernama) -- Seramai 194 pasangan mempelai diijabkabul hari ini di seluruh Terengganu melalui Majlis Walimatulurus Perdana 2019.

Antara pasangan yang ditemubual ialah Muhammad Amirul Hariz Zaaba, 21, dan Nurul Hazmera Ruslan, 23, yang bersyukur kerana melalui program itu majlis perkahwinan mereka dapat dipercepatkan.

“Dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,100 saya memerlukan masa yang lebih lama untuk mengumpul wang simpanan untuk melangsungkan perkahwinan.

"Jika mengikut perancangan awal kami memerlukan masa lebih setahun lagi untuk mengumpul wang,” kata Muhammad Amirul Hariz yang bekerja sebagai juruteknik kilang.

Mereka ditemui pada Majlis Walimatulurus Perdana 2019 peringkat Setiu di sini hari ini yang turut disertai 13 pasangan yang lain.

69286159 2998158946892312 8634873045271445504 n

Bagi Herpa Saffar, 27, iaitu anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang dinikahkan dengan Nur Syafina Asnani Alpatlo, 22, seorang anak jati Terengganu, berpendapat majlis itu telah membantu mengurangkan kos kenduri yang perlu ditampung bagi pihaknya dan isteri.“Ketika ahli keluarga isteri memberitahu mengenai program berkenaan, saya dan isteri tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai majlis ini… Untuk membuat kenduri bagi kedua-dua belah pihak kami memerlukan kos yang sangat besar ekoran jarak negeri yang jauh.

“Saya juga dapat menampung perbelanjaan perjalanan keluarga isteri ke majlis sebelah saya di Kota Kinabalu nanti,” kata Herpa.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut hadir pada majlis itu berkata, program itu inisiatif Kerajaan Negeri dalam memudahkan urusan anak muda yang ingin mendirikan rumahtangga. 

“Untuk kos setiap pasangan dianggarkan kira-kira RM4,000 yang mana turut merangkumi pakaian persalinan, makan dan minuman serta tempat berlangsungnya majlis perkawinan.

“Kadangkala mereka ini (pasangan pengantin) mempunyai pelbagai kekangan, jadi ada perkara kita boleh usahakan di peringkat Kerajaan Negeri… Tinggal lagi rakyat negeri ini yang selayaknya merebut peluang,” katanya.

-- BERNAMA

Read 83 times

K2 Search

K2 User

Layouts
Colors