Malay Chinese (Traditional) English
 

Berita Terkini

(0 votes)
KUALA TERENGGANU, 18 November - Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM700,000 bagi menyediakan sistem pembelajaran terkini, TS Kids atau TV Pintar di 68 Taska Permata Keluarga (TPK) mulai Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, melalui peruntukan yang ada itu pihaknya terlebih dahulu akan menyediakan kemudahan berkenaan di taska-taska terpilih secara berperingkat. Katanya, sekiranya semua berjalan lancar, peruntukan itu akan ditambah bagi membolehkan seluruh kanak-kanak di 68 taska milik Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dapat merasai pembelajaran TS Kids. “Saya lihat apa yang bakal diperkenalkan kepada kanak-kanak itu sangat berkesan kerana bukan sahaja dapat belajar secara berdepan, malah boleh sentuh, lukis, menulis…
(0 votes)
KUALA TERENGGANU, 8 November – Pelaksanaan program 'Home Manager' berjaya mencuri tumpuan ramai apabila mendapat permintaan yang menggalakkan termasuk daripada luar negara. Ketua Penolong Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Mohd Fauzy Abdul Ghani berkata, statistik penyertaan ahli program Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) mencatatkan jumlah penglibatan memberangsangkan iaitu seramai 222 orang setakat Oktober 2020. Katanya, jumlah tersebut juga mengatasi bilangan pekerja asing (pembantu rumah) iaitu 35 orang manakala bilangan ‘Home Manager’ seramai 231 orang pada tahun 2019, sekali gus membantu golongan miskin, belia-beliawanis dan ibu tunggal dalam meningkatkan taraf hidup juga pendapatan keluarga. “Permintaan untuk perkhidmatan ‘Home Manager’ melalui kiriman e-mel…
(0 votes)
Program Waladun Soleh adalah program baharu dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Al-Baghdadi. Program ini telah berjalan pada 21 September 2020 di Parlimen Hulu Terengganu kemudian di Parlimen Hulu Terengganu dan pada 22 September 2020 di Parlimen Dungun dan Kemaman dan akan menyusur diseluruh negeri Terengganu.     Waladun Soleh adalah program khusus kepada ibu mengandung dimana satu program stimulasi janin melalui kaedah ApeP1344 yang dibawa khas oleh Al-Baghdadi Prenatal Education menggunakan bunyi-bunyi asas Al-Quran ke arah melahirkan generasi genius Al-Quran.   Dengan program ini dapat memberi pendedahan terkini dan tepat kepada ibu mengandung berkenaan cara dan kaedah…
Page 1 of 7
Layouts
Colors