Malay Chinese (Traditional) English
 

PERUTUSAN PENGARAH

 

Kepantasan perubahan era teknologi maklumat kesinambungan inovasi yang lebih mantap dalam dunia hari ini. Sebagai sebuah organisasi yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) akan berusaha sedaya upaya agar terus relevan di dalam memastikan peranan warga YPKT tetap signifikan sebagai satu platform untuk melahirkan modal insan berkualiti ke arah memangkinkan kecemerlangan negara.

Dalam proses penerapan budaya kerja yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap warga YPKT perlu berkemahiran tinggi secara berterusan supaya sentiasa dapat mengimbangi keperluan perubahan maklumat dan pengetahuan yang pantas berkembang. Pihak pengurusan YPKT akan terus berusaha untuk meningkatkan kompetensi setiap warganya sama ada  di peringkat penggubalan dasar mahupun perlaksanaan bagi memastikan bahawa ketrampilan ilmu mampu membina tekad dan kejituan semangat ke arah kecermelangan organisasi.

Pembugaran Laman Web YPKT dengan konsep penampilan mantap yang memenuhi cita rasa serta mesra pelanggan diharapkan mampu menjadi medium perkongsian maklumat dalam usaha ke arah memperkasakan pengurusan penyampaian maklumat di semua peringkat. Dengan tekad menjadikan Lamat Web YPKT terus gah dengan kepelbagaian peranan, penyampaian berita, serta keluasan pautan, proses mengemas kini akan diagendakan dengan teliti dan efektif.

Semoga usaha-usaha murni yang berteraskan jaminan kualiti ini akan mampu memartabatkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu terus unggul dan menjadi kebanggaan bersama.

Sekian, terima kasih.

 

077ab55046ce80eaf9a3ddea999597ca L

TUAN HAJI MOHD SHAFARUDDIN MUSTAFFA
Pengarah

Layouts
Colors