| Program Pasca Perkahwinan Membentuk Keluarga Cemerlang |
|
|
|
|
PROGRAM PASCA PERKAHWINAN MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG
Keruntuhan rumahtangga semakin hari semakin membimbangkan ekoran pendedahan media masa dan elektronik yang memberi liputan meluas berkenaan keretakan dan penceraian institusi berkenaan khususnya di Negeri Terengganu. Sehubungan dengan itu sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan,, Yayasan Pembangunan keluarga Terengganu telah memainkan peranan untuk memastikan keharmonian rumahtangga dapat dikekalkan melalui program-program yang dapat mengeratkan perhubungan suami isteri. Program Pasca Perkahwinan adalah merupakan sebuah program yang diperkenalkan bagi mengeratkan kasih sayang antara suami isteri dibawah kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Program kali ini mendapat penyertaan daripada kakitangan YPKT sendiri bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan kakitangan YPKT. Program yang melibatkan kakitangan YPKT ini adalah cetusan idea Tuan Pengarah YPKT En. Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa. Bagi mendapatkan kualiti dan produktiviti kerja yang baik dari seorang pekerja, ia adalah bermula dari sebuah institusi keluarga yang baik. Maka dari sebuah keluarga yang cemerlang inilah yang akan melahirkan pekerja yang cemerlang dan mempunyai kualiti kerja yang baik. Program ini telah diadakan pada 10 Februari 2010 untuk sesi ke-3 yang bertempat di Green Acres Golf Resort Kuala Ibai. Bagi untuk sesi ke -4 pula diadakan di Terengganu Equestrian Resort iaitu pada 11 Febuari 2010. Program satu hari ini dimulakan dengan sesi taklimat pada jam 8.30 pagi dan berakhir dengan majlis penyampaian sijil pada jam 5.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pen. Pengarah YPKT, En. Nazri bin Yusoff. Penceramah untuk program ini adalah Tuan Haji Ridzuan Bin Mohd Sagir (Pakar Motivasi Kekeluargaan) yang didatangkan Khas dari Kuala Lumpur. Program pada kali ini merupakan siri yang pertama pada tahun 2010 yang akan melibatkan para peserta daripada seluruh negeri secara berperingkat-peringkat mengikut dun. Program ini terbuka kepada semua pasangan yang usia perkahwinannya di bawah 5 tahun. Di antara objektif program ialah mengukuhkan hubungan suami isteri, memberi ilmu dan kemahiran keibubapaan serta melahirkan keluarga bahagia yang cemerlang dan seimbang. Statistik juga menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada kadar perceraian di Negeri Terengganu pada setiap tahun khususnya peringkat perkahwinan di bawah 5 tahun. Sehubungan itu, semua pasangan di Negeri Terengganu khususnya yang baru berkahwin amat digalakkan menyertai program ini. Bagi pasangan yang mahu menyertai program ini bolehlah berhubung dengan En. Muhammad Hafizzuddin Bin Abdul Wahab di talian 09-6249355 / 57 / 58.
|


