| Program Taklif Menyuntik Semangat menjadi Insan Hebat |
|
|
|
|
Program Taklif Menyuntik Semangat Menjadi Insan Hebat Program Taklif membuka tirai bagi Program Pemantapan Tanggungjawab Ibubapa & Anak anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi tahun 2010 ini. Ini adalah kali kedua program berkenaan diadakan selepas kali pertama dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tersat, Hulu Terengganu. Program kali ini telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Hulu Terengganu melibatkan ibubapa dan pelajar bagi mendalami dan menghayati program berkenaan. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk melaksanakan Majlis penyerahan Tanggungjawab (Taklif) ibubapa kepada anak-anak mereka yang telah mencapai usia baligh secara praktis dan penghayatan. Program ini juga memberi pendedahan kepada anak-anak supaya lebih bertanggungjawab dan berwaspada diatas segala amal perbuatannya. Ini kerana semua dosa dan pahala akan ditanggung sepenuhya oleh oleh mereka sendiri apabila mereka sudah mencapai usia baligh. Selain itu juga, program ini dapat mengukuhkan hubungan ibubapa dan anak-anak melalui sentuhan dan kasih sayang yang sebenar yang lahir daripada hati yang ikhlas antara ibubapa dan anak-anak. Program in telah disertai oleh 97 orang pelajar daripada tingkatan 3 sekolah berkenaan. Program ini telah dikendalikan oleh Y.Bhg En. Nazri Bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga, Yayasan pembangunan Keluarga Terengganu. Antara pendekatan yang digunakan adalah memberi kesedaran untuk membezakan antara perkara baik dan buruk dari segi agama kerana semua ini akan dihitung oleh Allah S.w.t. Ibubapa menyerahkan tanggungjawab kepada anak-anak selaras dengan tuntutan agama. Program yang diadakan pada 8 Februari, 2010 ini dilihat berjaya memberi impak kepada para pelajar dan ibubapa melalui pengisian program berkenaan. Semoga program Taklif kali ini dapat memberi pendedahan tentang tanggungjawab kepada anak-anak khususnya sebagai seorang muslim. Di akhir program berkenaan anak-anak memohon keampunan daripada ibubapa serta berjanji membalas pengorbanan ibubapa mereka dengan menghadiahkan kerjayaan yang cemerlang dan menjadi insan yang cemerlang didalam pemeriksaan PMR. Kejayaan ini bukan sahaja dituntut daripada bidang akademik tetapi juga melalui sahsiah dan jati diri serta menyempurnakan solat , Al-Quran dan Fardhu Ain sepertimana tuntutan agama.
Sumber Berita : Bahagian Pembangunan Keluarga
|


