Portal YPKT have 34 guests online
Pelawat Portal : 26400
Majlis Perasmian Pembukaan Kelas Jahitan Komuniti Dun Bukit Payung PDF Print E-mail

 

Majlis Perasmian Pembukaan Kelas Jahitan Komuniti Dun Bukit Payung

 

            Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui anak syarikatnya Pemodalan YPK.Sdn.Bhd sekali lagi diberi kepercayaan untuk membuka Kelas Jahitan Komuniti kali ini diadakan di Dun Bukit Payung pada 16 Januari, 2010 yang lalu.Kelas Jahitan Komuniti bertempat di , Balairaya Kg. Surau Haji Yaakob, Bukit Payong, Marang Terengganu ini dibuka bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mempelajari kemahiran jahitan khususnya kepada golongan suri rumah dan beliawanis.

 Bagi memberikan perkhidmatannya kepada rakyat, pihak Permodalan YPK Sdn. Bhd. telah mengadakan kelas-kelas seperti Kelas Jahitan Komuniti di setiap Dun, iaitu sebanyak 32 kelas. Ini adalah merupakan satu program usahasama antara Permodalan YPK dengan Pejabat Penyelaras Dun di seluruh negeri. Sepanjang pembukaan kelas jahitan komuniti ini, seramai hampir 4,000 orang telah mengikuti kelas ini diseluruh negeri Terengganu.Pada majlis majlis tesebut, satu pengiktirafan telah dibuat bagi menghargai peserta yang telah tamat latihan selama empat bulan yang lalu dengan penyampaian sijil tamat latihan kepada 113 orang meliputi sesi pertama hingga sesi kelima.

           Majlis perasmian telah disempurnakan  oleh En. Zaidi bin Muda, selaku pegawai pembangunan Dun Bukit Payong. Dipetik dari ucapan beliau, masyarakat perlu mengambil peluang mempelajari kemahiran ini bagi memajukan diri serta keluarga selaras dengan motto “Bukit Payong Maju Tahun 2015”. Ini dapat membuka peluang kepada masyarakat menikmati kemajuan dan pembangunan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri. Banyak perkara dapat dilaksanakan dengan adanya kemahiran ini selain dari menjahit pakaian sendiri contohnya golongan surirumah dapat menjimatkan wang pebelanjaan bagi membuat pakaian sendiri mahupun keluarga selain itu dapat juga menambah pendapatan dengan menerima tempahan jahitan dari luar.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Permodalan YPK Sdn. Bhd. khususnya dan pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu amnya kerana perihatin terhadap rakyat melalui program memberi kemahiran kepada masyarakat khususnya dalam bidang jahitan. Hadir sama pada hari tersebut ialah En Abd Ghafar Bin Mamat, Pengurus Permodalan YPK Sdn. Bhd.

Pengurus Permodalan YPK Sdn. Bhd. melalui ucapannya memberitahu bahawa jika terdapat permintaan yang tinggi, tiada masalah  bagi pihak  Permodalan untuk membuka satu pusat pengeluaran di Kelas Jahitan Komuniti ini. Jika peserta menunjukan minat yang tinggi untuk maju dan permintaan untuk tempahan pakaian, segala urusan penambahan peralatan dan mesin boleh dilaksanakan. Ini adalah kerana beliau melihat prospek yang tinggi dan bidang pakaian ini adalah merupakan satu bidang yang menjadi keperluan pada masa sekarang.

 Majlis ini dapat dijadikan batu loncatan kepada Permodalan YPK Sdn. Bhd. dalam memajukan serta mengembangkan lagi skop bidang yang dilaksanakan agar dapat pergi lebih jauh di masa akan datang selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin mengurangkan pergantungan rakyat terhadap subsidi dan bantuan kerajaan melalui peluang-peluang kerja yang dapat diwujudkan juga dapat mengurangkan kadar kemiskinan di dalam negeri Terengganu ini.

 

Sumber Maklumat : Pemodalan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

 

 

 
Ulti Clocks content

Aktiviti Terkini

No events
Last month September 2010 Next month
S M T W T F S
week 35 1 2 3 4
week 36 5 6 7 8 9 10 11
week 37 12 13 14 15 16 17 18
week 38 19 20 21 22 23 24 25
week 39 26 27 28 29 30
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Jalan Sultan Omar & 20300 Kuala Terengganu | Rekabentuk Portal Oleh YPKT Web Development | Copyright © 2009 by YPKT