Portal YPKT have 19 guests online
Pelawat Portal : 26681
Bengkel Latihan Jendela IKS Ibu Tunggal PDF Print E-mail

Bengkel Latihan Jendela IKS Ibu Tunggal

 

 
Pengendali Bengkel Latihan Jendela IKS sedang memberi penerangan mengenai pembinaan blog kepada Ibu Tunggal
 

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Program Bengkel Latihan Jendela IKS sekali lagi telah diberi mandat untuk menjayakan Kursus Kemahiran Internet dan pembangunan E-perniagaan  kepada Ibu Tunggal seluruh Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 15 dan 16 Januari, 2010 yang lalu.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu Ibu Tunggal di Negeri Terengganu untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan mereka melalui  Teknologi Maklumat . Bengkel ini juga memberi penekanan pembinaan laman sesawang kepada Ibu Tunggal supaya mereka dapat mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka keserata  dunia.

Peserta Bengkel berkenaan adalah terdiri daripada Ahli Kelab Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga yang telah dan  bakal menjadi Usahawan Kecil dan Sederhana. Bengkel berkenaan mendapat kerjasama penuh daripada MYNIC Berhad dan dikendalikan oleh penceramah daripada UKM dan UMT.

Bengkel ini juga diadakan untuk berkongsi maklumat dan kemahiran kepada Ibu Tunggal akan kemudahan internet untuk pendidikan , maklumat dan perdagangan. Secara tidak langsung Ibu Tunggal dapat memasarkan jualan produk  secara dalam talian seiringan dengan perkembangan teknologi maklumat terkini.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Pusat ICTnya dilihat mampu mewujudkan satu Pusat Teknologi Maklumat  dengan mendapat kerjasama penuh daripada  MOSTI  ini sedikit sebanyak membantu para Ibu Tunggal menimba ilmu bukan sahaja didalam bidang teknologi maklumat tetapi  juga berkenaan Latihan Pembangunan Modal Insan .

 

 

 

Sumber Maklumat : Unit Ibu Tunggal, Bahagian Komuniti Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

 

 
Ulti Clocks content

Aktiviti Terkini

No events
Last month September 2010 Next month
S M T W T F S
week 35 1 2 3 4
week 36 5 6 7 8 9 10 11
week 37 12 13 14 15 16 17 18
week 38 19 20 21 22 23 24 25
week 39 26 27 28 29 30
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Jalan Sultan Omar & 20300 Kuala Terengganu | Rekabentuk Portal Oleh YPKT Web Development | Copyright © 2009 by YPKT