Portal YPKT have 8 guests online
Pelawat Portal : 26676
Warga Emas Sihat Aktif Produktif PDF Print E-mail

 

WARGA EMAS SIHAT AKTIF PRODUKTIF

 

SENAMAN sering dikaitkan dengan orang muda tetapi sebenarnya warga emas juga perlu bersenam. Menurut Jabatan Perangkaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu pada 2006, Warga Emas di Negeri Terengganu berjumlah seramai 65,995 orang. Purata jangka hayat bagi warga emas lelaki kini mencecah kepada 72.3 tahun, manakala wanita 76.9 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) menjangka menjelang 2020, jangka hayat bagi lelaki mencecah usia 75.4 tahun dan wanita 80.4 tahun. Menjelang tahun 2020, bilangan warga emas ini dijangka meningkat kepada 3.21 juta orang. Ia adalah sekitar 11 peratus daripada kira-kira 33.3 juta penduduk Malaysia pada masa itu. Jangkaan peningkatan ini berdasarkan unjuran pada 1991 dan tahun 2000 yang masing-masing sejuta atau 5.9 peratus dan 1.42 juta orang atau 6.1 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia ketika itu.

Malangnya, sesetengah warga emas mengidap pelbagai penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan angin ahmar. Antara masalah membabitkan warga emas diwarisi daripada gaya hidup masyarakat yang kurang atau tidak pernah bersenam. Masalah

membabitkan warga emas lebih ketara apabila persaraan menyebabkan mereka tidak lagi menjalani kehidupan secara aktif. Walaupun bergelar warga emas, senaman secara tetap dan aktiviti fizikal sangat penting untuk kebaikan kesihatan.

Kajian menunjukkan tidak bersenam adalah tingkah laku yang berisiko. Antara masalah membabitkan warga emas ialah mereka tidak lagi berdikari, iaitu kehilangan keupayaan melakukan sesuatu mengikut kehendak diri. Keadaan ini sebenarnya bukan hanya kerana faktor umur.

Punca utama dan dalam kebanyakan kes membabitkan warga emas yang tidak lagi menjalani kehidupan aktif. Empat elemen penting yang menentukan seseorang kekal sihat dan berdikari ialah ketahanan, kekuatan, keseimbangan dan fleksibiliti. Warga emas yang tidak lagi menjalani kehidupan aktif mungkin kehilangan beberapa elemen itu. Kajian juga menunjukkan sebahagian elemen itu boleh dipertahankan dengan bersenam atau melakukan kegiatan fizikal seperti berjalan pantas atau berkebun dengan matlamat akhirnya mungkin menyamai kebaikan bersenam.

Menyedari pentingnya kesihatan, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mengadakan program Warga Emas Sihat Aktif Produktif mulai Januari, 2006 sehingga sekarang. YPKT bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah, Pusat Khidmat Masyarakat DUN dan Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) menganjurkan program melalui Kelab-kelab Warga Emas dan Kelab-kelab Ibu Tunggal di setiap DUN.

 Antara Program yang dijalankan ialah melibatkan senaman Tai Chi Chi Kong, pemeriksaan Kesihatan dan Pemeriksaan Mata. Untuk senaman Tai Chi Chi Kong, pergerakan yang perlahan tidak akan membebankan pergerakan. Tai Chi Chi Kong membantu pengamalnya melatih pernafasan diafragma, iaitu satu komponen penting dalam gerak balas mengendur yang penting untuk melawan tekanan. Dalam pemeriksaan kesihatan pula, ujian yang dijalankan ialah pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan pemeriksaan berat jisim badan (b.m.i).

 Oleh: Badrul Hisham bin Mukhtar

 

 
 
Ulti Clocks content

Aktiviti Terkini

No events
Last month September 2010 Next month
S M T W T F S
week 35 1 2 3 4
week 36 5 6 7 8 9 10 11
week 37 12 13 14 15 16 17 18
week 38 19 20 21 22 23 24 25
week 39 26 27 28 29 30
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Jalan Sultan Omar & 20300 Kuala Terengganu | Rekabentuk Portal Oleh YPKT Web Development | Copyright © 2009 by YPKT