| YPKT Ubah Nasib Zalina |
|
|
|
| Monday, 22 February 2010 00:00 |
|
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU UBAH NASIB ZALINA
Kuala Terengganu 2 Feb. – Seorang suri rumah dari Kampung Pagar Besi dekat sini, berazam untuk memanfaatkan bantuan peralatan sumbangan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) bagi mengembangkan perniagaan gula manisan yang diusahakannya sejak beberapa tahun lalu. Zalina Tawang, 35 yakin bantuan bernilai RM 1,000.00yang berupa mesin serta barangan lain berkaitan perusahaan produk tradisional itu akan dapat memudahkan kerjanya. “ Walaupun bantuan ini kecil, saya bersyukur kerana masih ada agensi yang sedia membantu golongan yang susah seperti saya”. Katanya ketika ditemui baru-baru ini. Ibu kepada enam anak itu memperoleh pendapatan purata antara RM 400.00 hingga RM 500.00 sebulan hasil perniagaannya bagi membantu suami, Che Salleh Che Mat, 46 yang bekerja sebagai buruh. Katanya, perusahaan gula-gula manisan yang diperbuat daripada santan, gula Melaka, gandum, kacang dan garam itu kadang kala terjejas lantaran ketiadaan modal mencukupi. Bagaimanapun, katanya sejak mendapat bantuan setahun lalu kehidupan keluarganya kini telah berubah. “sebelum ini ada waktunya saya terpaksa berhenti dua atau tiga hari kerana kekurangan modal untuk membeli barangan membuat gula-gula,” katanya Dalam sehari , zalina yang turut mendapat bantuan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mampu menyiapkan 2,000 biji gula-gula manisan dan produknya diedarkan diberapa kedai sekitar Batu Rakit. Katanya, usaha berkenaan dilakukan bersama dengan anka-anak sekiranya mereka mempunyai kelapangan. “ Pada kebiasaannya kerja membuat gula-gula manisan itu seperti membungkus dengan kertas pembalut dilakukan pada waktu malam, ketika itu anak-anak sedang tidur,” katanya.
Utusan Malaysia : 3 Februari , 2010 (Rabu)
|


