Portal YPKT have 19 guests online
Pelawat Portal : 26682
Majlis Penyampaian Sijil Projek Kasih Negeri Terengganu PDF Print E-mail

 

Majlis Penyampaian Sijil Projek Kasih Negeri Terengganu

 

Pengarah YPKT menyampaikan Sijil Projek Kasih Negeri Terengganu kepada pelajar

 

 

Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM) iaitu sebuah badan bukan kerajaan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Majlis penyampaian Sijil Projek Kasih Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 16 Januari, 2010 yang lalu bertempat di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia sebelum ini telah mengadakan seminar berkenaan Pembangunan Keluarga yang telah disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Seminar berkisarkan tentang taklimat serta ceramah  ini adalah mengenai  hubungan kekeluargaan dan peranan belia-belia dalam membantu golongan yang terpinggir dan susah. Selain itu juga, tujuan seminar ini dijalankan adalah sebagai penyedian dan pendedahan kepada peserta-peserta untuk menjalankan kerja-kerja sosial di institusi yang dipilih iaitu di Taman Sinar Harapan (Kanak-kanak Kurang Upaya/OKU), Bukit Besar Kuala Terengganu dan Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong (Warga Tua/Orang Tua), Marang.

Para Pelajar berkenaan telah menjalankan aktiviti sosial mereka dengan membuat kerja-kerja amal di dua  buah institusi-institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Taman Sinar Harapan (Kanak-Kanak Kurang Upaya), Bukit Besar Kuala Terengganu dan Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong (Warga Emas/Orang Tua), Marang.

Seramai 110 orang yang terdiri daripada belia-belia tingkatan 1 hingga 6 menjalankan kerja-kerja sukarelawan . Mereka dibahagikan antara 2 kumpulan di mana setiap kumpulan dikehendaki melakukan kerja-kerja sukarelawan di setiap institusi yang dinyatakan. Mereka juga menjalankan kerja-kerja tersebut pada setiap hari minggu.

Projek ini berjalan selama 2 bulan (Jun & Julai, 2009) berturut-turut. Antara kerja-kerja sukarela yang dilakukan di Rumah Sejahtera Taman Bahagia adalah mengemas katil orang tua, membantu kebersihan diri orang tua, membersihkan kawasan luar asrama. Di Taman Sinar Harapan pula, mereka menjalankan aktiviti luar (senaman, melukis, mengenal objek, muzik) dan aktiviti dalam (suap makan, mandi pelatih dan membersihkan asrama). 

Para pelajar diwajibkan menulis laporan serta maklumbalas mengenai pengalaman mereka dan menyerahkan borang penilaian program kepada pertubuhan bagi penganugerahan Sijil Projek Kasih Negeri Terengganu ini.

Majlis Penyampaian Sijil Projek Kasih Negeri Terengganu  ini telah disempurnakan oleh YBhg Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, En Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa. Hadir sama pada majlis itu ialah Prof Dr Fatimah Daud, Presiden Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM)

Majlis Penyampaian Sijil Projek Kasih Negeri Terengganu ini diserikan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada penghuni-penghuni Taman Sinar Harapan

 Sumber Berita : Laporan Projek Kasih Negeri Terengganu, Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM)

Persembahan daripada Penghuni Taman Sinar harapan Pelajar-pelajar bergambar bersama Pengarah YPKT

 


 


 

 
Ulti Clocks content

Aktiviti Terkini

No events
Last month September 2010 Next month
S M T W T F S
week 35 1 2 3 4
week 36 5 6 7 8 9 10 11
week 37 12 13 14 15 16 17 18
week 38 19 20 21 22 23 24 25
week 39 26 27 28 29 30
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Jalan Sultan Omar & 20300 Kuala Terengganu | Rekabentuk Portal Oleh YPKT Web Development | Copyright © 2009 by YPKT