Portal YPKT have 11 guests online
Pelawat Portal : 26679
Kelab Ibu Tunggal Semakin Mendapat Perhatian PDF Print E-mail
Monday, 11 January 2010 00:00

Program Cakna Ibu Tunggal merupakan sebuah program dibawah kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi membantu golongan ibu tunggal khususnya di negeri ini. Penglibatan  golongan ini semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini membuktikan golongan ini mula sedar akan kepentingan berpersatuan.

Program ini telah membuktikan apabila telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 6343 orang ibu tunggal baru dan lama didalam usaha mendekati golongan ini  melalui Program Cakna Ibu Tunggal yang telah diadakan tahun lepas oleh Yayasan Pembangunan Keluarga di 80 Mukim seluruh Negeri Terengganu.

Tujuan utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk membuka pendaftaran kepada golongan ibu tunggal yang belum menyertai program ini bagi memberi ruang untuk bertanyakan mengenai bantuan dan aktiviti yang ditawarkan  oleh YPKT melalui Program Cakna Ibu Tunggal ini.

Penglibatan golongan ibu tunggal  melalui  kelab Iibu tunggal yang dianjurkan oleh YPKT ini sedikit sebanyak telah memberi harapan bagi membantu menyelesaikan permasalahan oleh golongan ibu tunggal ini. Kini mereka tidak keseorangan didalam mengharungi kesukaran sebagai Ibu tunggal.

Melalui program ini YPKT dapat melihat kecenderungan untuk membantu golongan ini melalui aspek-aspek yang diperlukan samada dari sudut ekonomi, undang.undang, bimbingan kaunseling dan kekeluargaan , bimbingan kesihatan ataupun daripada sudut pendidikan anak-anak.

 Harapan bagi tahun baru 2010 ini semoga lebih ramai lagi para ibu tunggal yang masih belum menyedari akan kepentingan menyertai Kelab Ibu Tunggal ini  sama-sama menyertai bagi meringankan bebanan yang dipikul selama ini dengan menyertai program-program dibawah kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

 

Rujukan :

Laporan Program Cakna Ibu Tunggal Negeri Terengganu Bagi Tahun 2009 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

 
Ulti Clocks content

Aktiviti Terkini

No events
Last month September 2010 Next month
S M T W T F S
week 35 1 2 3 4
week 36 5 6 7 8 9 10 11
week 37 12 13 14 15 16 17 18
week 38 19 20 21 22 23 24 25
week 39 26 27 28 29 30
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Jalan Sultan Omar & 20300 Kuala Terengganu | Rekabentuk Portal Oleh YPKT Web Development | Copyright © 2009 by YPKT