| Perutusan Pengarah |
|
|
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) adalah sebuah institusi di negeri ini yang berperanan utama dalam membina insan yang seimbang dan membangunkan keluarga bahagia. Pada masa yang sama YPKT berusaha membendung pelbagai isu dalam masyarakat yang berkait rapat dengan daya fikir yang tidak terjurus, cara gaya hidup yang tidak positif, ikatan kekeluargaan yang tidak teguh, pencapaian ekonomi yang tidak membanggakan, moral yang rendah, dan sikap negatif yang boleh menjurus kepada masalah sosial yang berpanjangan. Sejak penubuhannya, YPKT sentiasa mengambil langkah proaktif dan responsif kepada aspirasi kerajaan melalui program-programnya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat ke arah memantapkan kualiti hidup yang berdaya tahan dan berdaya saing. Usaha yang dijalankan oleh YPKT memenuhi keperluan masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti tajaannya sendiri mahupun melalui program-program yang disempurnakan bersama dengan agensi-agensi lain selaku rakan strategik. YPKT memberi tumpuan kepada aspek pembangunan insan, sentiasa seiring dan sejalan dengan kerajaan dalam apapun usaha yang dirangka dan dilaksanakan,sesuai dengan keperluan kumpulan sasar. Gagasan kerajaan negeri “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” merupakan suatu kayu ukur bagi YPKT dalam usahanya membantu kerajaan menyalurkan maklumat dan membentuk “Rupa Bangsa” rakyat negeri ini secara berkesan. Perancangan jangka pendek, jangka sederhana & jangka panjang YPKT selepas ini diatur untuk dilaksanakan melalui pendekatan yang kontemporari dengan mengambil kira agenda pembangunan negara selaras dengan slogan kepimpinan negara “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang menyeluruh sifatnya. YPKT akan memastikan tiada golongan yang terpinggir dari arus pembangunan negeri mahupun negara. Semoga segala usaha murni kerajaan yang bertekad untuk memberi kehidupan harmoni dan sejahtera lagi bermakna kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini akan tercapai dengan cemerlang.
Wassalam
|
Perutusan Pengarah


