Latar Belakang
Sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 25 April 1986.
Penubuhan adalah dibwah Enakmen Bil. 13 tahun 1985 hasil daripda kelulusan Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 5 Disember 1985.
Ditubuhkan sebagai agensi yang berperanan secara langsung sebagai Pembekal Sumber, Penyokong, Penyebar Maklumat, Pendidik, Katalis, Penyaran Dasar dan Pengkaji bagi mengisi ruang yang masih kosong di samping dapat bekerjasama dengan agensi-agensi yang telah sedia wujud dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan dan masalah - masalah berkenaan melalui kapasiti Lembaga YPKT selaku Penyelaras, Pelengkap (Complement) dan Penokok Tambah (Supplement).
Mewujudkan sumber-sumber dan kemudahan yang masih belum wujud atau yang masih belum mencukupi.
Membantu individu yang bermasalah untuk mendapatkan pertolongan melalui sistem rujukan dengan agensi-agensi / sumber kepakaran yang sesuai.
Menyebarkan maklumat tentang isu-isu kekeluargaan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan anggota masyarakat melalui media massa.
Menyediakan kursus-kursus, menyebarkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan keluarga dan aspek keibubapaan.
Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kekeluargaan melalui persidangan seminar dan bengkel.
Mengemukakan cadangan dan saranan kepada kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan mutu kehidupan berkeluarga.
Menjalankan kajian tentang aspek-aspek kekeluargaan serta mengumpulkan maklumat bagi menyokong usaha perancangan, pelaksanaan dan penilaian kegiatan.
Memupuk dan menggalakkan usaha kearah amalan konsep kekeluargaan dalam organisasi, jabatan dan institusi.
Memantapkan kualiti kehidupan keluarga kearah melahirkan insan yang syumul dan seimbang.
Memperkukuhkan keluarga sebagai satu institusi sosial yang menjadi tonggak kestabilan dan perpaduan negara.
Meningkatkan daya pengeluaran negara berasaskan kepada suasana kehidupan kekeluargaan yang positif dan stabil.
Menjadi agen perubahan ke arah pemantapan sikap dan daya fikir.
Menyediakan pusat perkhidmatan penjagaan, pengasuhan dan perkembangan awal kanak-kanak.
Mengenalpasti isu dan masalah kekeluargaan dan melaksanakan langkah pencegahan, pemulihan dan peneguhan.
Menjalankan kajian, penyelidikan dan pengumpulan data maklumat pembangunan keluarga.
Menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling.
Mengendalikan aktiviti-aktiviti pemantapan keluarga selaras dengan keperluan rakyat.
Memberi pendedahan dan latihan bagi mempertingkatkan ilmu dan kemahiran kepada ahli keluarga / masyarakat.
Menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara bagi golongan yang berpendapatan rendah sebelum memperolehi tempat tinggal yang kekal / sendiri.
Menyediakan bantuan modal dan kemudahan untuk meningkatkan pendapatan bagi keluarga berpendapatan rendah.
YPKT mensasarkan kegiatan / aktiviti kepada semua lapisan masyarakat, iaitu:
| KUMPULAN UMUR (TAHUN) | KETERANGAN |
| 0 – 12 | Bayi / Kanak – Kanak |
| 13 – 20 | Remaja |
| 21 – 40 | Dewasa Awal |
| 41 – 55 | Dewasa Pertengahan |
| 56 ke atas | Dewasa Akhir |
Latar Belakang