--Sila Pilih Perkhidmatan--
Program Pasca Perkahwinan (Kemahiran & Pendidikan Keluarga)
LATAR BELAKANG
Satu program pengurusan kasih sayang dan pemantapan keluarga melalui hubungan intim suami isteri. Program pendidikan dan panduan kekeluargaan berbentuk bengkel, simulasi, ceramah interaktif dan sesi soal jawab.
OBJEKTIF
i. Mengukuhkan hubungan suami isteri
ii. Memberi ilmu dan kemahiran keibubapaan
iii. Melahirkan keluarga yang bahagia, cemerlang dan seimbang
KURSUS / AKTIVITI
| Bil | Program | Objektif | Sinopsis Program | Kumpulan Sasar | Tempoh Program |
| 1. | Pasca Perkahwinan |
i. Memberi kesedaran dan motivasi tentang tanggungjawab / peranan ibubapa yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia.
ii. Memberi pendedahan teknik dan kemahiran keibubapaan dalam menguruskan soal-soal kehidupan rumahtangga.
iii. Meningkatkan dan memantapkan institusi keluarga dalam menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan negara. | Program kemahiran keibubapaan adalah merupakan satu program teras kepada bahagian pembangunan keluarga bagi mewujudkan sebuah institusi keluarga yang cemerlang dan bahagia. Ibubapa terlebih dahulu perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka selaku ketua dan pemimpin keluarga. Pelbagai program dan aktiviti disedia dan direkabentuk dalam bentuk kursus, seminar, forum perdana dan dialog keluarga kepada kumpulan sasar terlibat. | a) Ibubapa suami – isteri, b) Pasangan baru berkahwin c) Kaum bapa d) Golongan wanita dan ibu tunggal e) Bapa, ibu, anak, datuk dan nenek (extended family) | 1 Hari |
Program Taklif (Pengukuhan & Pemantapan Tanggungjawab)
LATAR BELAKANG
Secara umumnya kebanyakkan anak-anak mengetahui tanda-tanda samada dia sudah baligh atau belum baligh, tetapi berapa ramai dikalangan mereka mereka yang tahu apakah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka.
Ada dikalangan ibubapa mengambil sikap mudah dalam menerangkan keperluan tanggunjawab yang perlu dipikul oleh anak-anak mereka secara tidak formal dan beranggapan perkara ini suatu kebiasaan.
Melalui program ini “ penyerahan tanggungjawab / taklif” ini dibuat secara formal dan lebih menimbulkan rasa sikap keperihatinan dalam melaksanakan penyerahan ini di antara ibubapa dan anak-anak mereka.
OBJEKTIF
i. Mengukuhkan peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam membina keluarga yang bahagia dan sejahtera.
ii. Program bimbingan dan pemantapan sakhsiah anak-anak remaja melalui pendekatan Al-Quran dan Sunnah Rasul (SAW).
iii. Sebagai satu pendekatan & acuan kepada pembinaan Masyarakat Hadhari yang maju, progresif dan makmur dengan ilmu, iman, amal dan taqwa selaras dengan Prinsip dan Nilai-nilai Islam Hadhari.
KURSUS / AKTIVITI
| Bil | Program | Objektif | Sinopsis Program | Kumpulan Sasar | Tempoh Program |
| 1. | Taklif | i. Membantu ibubapa mewujudkan komunikasi, hubungan berkesan dan persefahaman diantara anak-anak.
ii. Memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan tanggungjawab dalam membimbing anak-anak dalam menempuh cabaran hidup.
iii. Melaksanakan akriviti Penyerahan Tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak yang mencapai umur peringkat akhir baligh. | Modul Sakinah berbentuk bengkel, ceramah, soal jawab, permainan | Remaja & Ibubapa | ½ Hari |
Program Ingat Sebelum Terkena (Kesedaran & Pencegahan)
LATAR BELAKANG
Ingat Sebelum Terkena adalah program pengukuhan jati diri dalam menangani gejala sosial dikalangan remaja dan gaya hidup sihat sepanjang masa.
OBJEKTIF
i. Memberi kesedaran tentang isu-isu sosial dikalangan remaja.
ii. Memberi kefahaman tentang implikasi salahlaku dalam masyarakat.
iii. Memupuk budaya hidup sihat dan berwawasan.
KURSUS / AKTIVITI
| Bil | Program | Objektif | Sinopsis Program | Kumpulan Sasar | Tempoh Program |
| 1. | Ingat Sebelum Terkena |
i. Melahirkan individu atau seorang remaja yang cemerlang dan seimbang dari sudut pencapaian akademik dan akhlak.
ii. Menyemai sifat kasih sayang terhadap diri sendiri, ibubapa, keluarga, agama dan negara.
iii. Memperkasakan jati diri remaja dalam mendepani arus kehidupan global.
iv. Menyediakan program latihan pembimbing remaja (t.o.t) bagi membentuk generasi ulul albab pewaris masa depan.
| Program kecemerlangan individu/remaja diwujudkan bagi memberi bimbingan dan kemahiran kepimpinan diri dalam usaha membentuk keperibadian mulia dan memantapkan sahsiah remaja sebagai satu anggota dalam keluarga dan masyarakat. | Anak – anak keluarga miskin, remaja, lepasan IPT. | 1 Hari |
Program Saya Anak Terengganu (Pemupukan Bakat & Potensi Diri)
LATAR BELAKANG
Program kecemerlangan bagi meningkatkan potensi diri ke arah membentuk budaya cemerlang anak-anak Terengganu melalui penghayatan nilai-nilai murni dan jati diri.
KURSUS / AKTIVITI
| Bil | Program | Objektif | Sinopsis Program | Kumpulan Sasar | Tempoh Program |
| 1. | Saya Anak Terengganu |
i. Merangsang potensi diri ke arah perubahan hidup positif.
ii. Penghayatan nilai-nilai murni anak-anak terengganu.
iii. Memantapkan jati diri melalui gaya hidup yang seimbang. | Program kecemerlangan bagi meningkatkan potensi diri ke arah membentuk budaya cemerlang anak-anak terengganu melalui penghayatan nilai-nilai murni dan jati diri. | Golongan belia / beliawanis 18 - 25 tahun. | 1 Hari |
Program Sokongan Pembangunan Keluarga
i. Forum
ii. Hari Keluarga
iii. Dialog
Program Bantuan Kemiskinan
LATAR BELAKANG
Secara umumnya matlamat Program Pembasmian Kemiskinan adalah untuk mengurangkan insiden (peratusan) kemiskinan mutlak dikalangan rakyat serta menyediakan persekitaran hidup yang lebih sejahtera, sihat dan selamat kepada golongan sasar menerusi penyediaan peluang-peluang peningkatan pendapatan dan pekerjaan serta peningkatan aksesibiliti kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas. Program ini mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 2.8% dan sifar miskin tegar menjelang 2010.
Mulai tahun 2006, YPKT telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan bagi seluruh negeri Terengganu melalui peruntukan Pembasmian Kemiskinan RMK-9 (2006-2010) sebanyak RM25 juta.
Peserta adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam kategori miskin dan miskin tegar didalam data E-Kasih (ICU) serta berdaya maju untuk mengusahakan projek yang berasaskan kepada makanan, kemahiran dan perkhidmatan.
Program Pembasmian Kemiskinan ini terdiri daripada bantuan modal / peralatan serta kursus persediaan / pra pelaksanaan kepada peserta yang terpilih.
OBJEKTIF
i. Menggalakkan rakyat miskin menyertai Program Pembangunan Diri.
ii. Memberi suntikan minda secara menyeluruh kepada golongan sasar.
iii. Membangkitkan kesedaran dan keupayaan diri seseorang individu terbabit dalam membantu diri sendiri keluar dari kepompong kemiskinan.
iv. Menyediakan peluang untuk meningkatkan ekonomi kepada golongan sasar.
v. Menyalurkan bantuan modal/ peralatan kepada peserta
KURSUS / AKTIVITI
| Bil | Program | Objektif | Sinopsis Program | Kumpulan Sasar | Tempoh Program |
| 1. | Bantuan Modal / Peralatan | Menyediakan peluang kepada golongan sasar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup. | Menyalurkan bantuan modal / peralatan kepada peserta. | Data E-Kasih | RMK-9 |
| 2. | Program Latihan Usahawan Lasak | Melahirkan peserta yang bermotivasi, berkemahiran serta berdaya juang | Program ini akan melatih peserta mengenalpasti peluang-peluang perniagaan dan Mecungkil potensi keusahawanan dalam diri peserta. Pihak yang akan didedahkan dengan kemahiran/ pengetahuan asas dalam menjalankan perniagaan. | Peserta PPPRM 60 org / sesi | 3 hari /2 mlm 2 sesi |
| 3. | Program Kemahiran Masakan | Melahirkan peserta yang lebih berkemahiran dalam perniagaan yang dilaksanakan. | Program akan mendedahkan peserta dengan teknik pemasaran, Pengurusan kos serta kemahiran masakan. | Peserta PPPRM 30 org / sesi | 3 hari /2 mlm 3 sesi |
| 4. | Program Kemahiran Masakan | Melahirkan peserta yang lebih berkemahiran dalam perniagaan yang dilaksanakan. | Program akan mendedahkan peserta dengan teknik pemasaran, Pengurusan kos serta kemahiran masakan. | Peserta PPPRM 30 org / sesi | 3 hari /2 mlm 5 sesi |
Program Jaya Diri
LATAR BELAKANG
Program Penjanaan Ekonomi Keluarga Miskin (Program Jaya Diri) merupakan program yang menumpukan kepada usaha membangkitkan kesedaran serta menggalakkan keluarga mudah miskin berdikari dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga. Melalui program ini peserta dilatih dengan disiplin dan kemahiran asas pengurusan diri. Peserta seterusnya menerima pinjaman modal tanpa faedah untuk menjalankan aktiviti yang meningkatkan pendapatan isi rumah.
Program ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu pada 11 November 1994. Pinjaman ini tidak mengenakan sebarang cagaran, penjamin dan faedah. Bakal-bakal peserta disyaratkan menubuhkan kumpulan dan pusat yang terdiri daripada 4 - 20 orang di kawasan-kawasan yang terlibat. Kumpulan dan pusat dibentuk bagi memupuk sikap kerjasama dan disiplin di dalam menjalankan projek dan membayar balik pinjaman.
Penyertaan diutamakan kepada golongan wanita sebagai wakil isirumah. Peserta dilibatkan didalam program khusus untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama seterusnya melahirkan individu yang berdayasaing.
OBJEKTIF
i. Melahirkan keluarga berdikari di kalangan isi rumah mudah miskin dengan cara mereka bekerja untuk membantu diri mereka sendiri.
ii. Membantu meningkatkan ekonomi isirumah yang berpendapatan rendah.
iii. Memberi galakan kepada kaum wanita untuk membantu suami dalam usaha menambahkan pendapatan.
iv. Menerapkan nilai-nilai positif kepada golongan sasaran seperti berdisiplin, bertanggungjawab, berani dan bersatu ke arah mencapai objektif program.
KURSUS / AKTIVITI
| Bil | Program | Objektif | Kumpulan Sasar | Tempoh Program |
| 1. | Pinjaman Modal (Program Jaya Diri) |
i. Melahirkan keluarga berdikari di kalangan isi rumah mudah miskin dengan cara mereka bekerja untuk membantu diri mereka sendiri.
ii. Membantu meningkatkan ekonomi isirumah yang berpendapatan rendah. | Golongan mudah miskin | |
| 2.. | Kursus Asas Perniagaan | Meningkatkan pengetahuan peserta dalam melaksanakan kegiatan perniagaan. | Peserta PJD 50 org / sesi | 1 hari / 8 sesi |
| 3. | Kursus Kemahiran | Meningkatkan Kemahiran Peserta dalam bidang yang diceburi disamping memberi nilai tambah kepada produk. | Peserta PJD 26 org / sesi | 1 hari / 8 sesi |
| 4. | Kursus Kepimpinan (Ketua Pusat PJD) | Meningkatkan Kefahaman dan Kemahiran kepada Ketua-ketua Pusat PJD dalam melaksanakan peranan masing-masing. | Peserta PJD 100 org / sesi | 1 hari / 4 sesi |
| 5. | Kursus Kepimpinan (Ketua Pusat PJD) | Meningkatkan Kefahaman dan Kemahiran kepada Ketua-ketua Pusat PJD dalam melaksanakan peranan masing-masing. | Peserta PJD 100 org / sesi | 1 hari / 4 sesi |
| 6. | Kursus Pemantapan Kakitangan (Sosio Ekonomi) | Meningkatkan Keupayaan Kakitangan dalam menyempurnakan tugasan. | Peserta PJD 35 org / sesi | 3 hari / 2 mlm 1 sesi |
Program Desa Keluarga
LATAR BELAKANG
Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.
Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah dan para pekerja dari pelbagai sektor.
OBJEKTIF
i. AM
a. Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan setaraf dari segi jasmani dan rohani kepada para penghuninya yang akan menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.
ii. KHAS
a. Menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa kepada golongan berpendapatan rendah.
b. Mengurangkan kos sara hidup para pekerja.
c. Merangsang ke arah peningkatan produktiviti kerja para penghuninya.
d. Memupuk semangat persaudaraan serta nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi di kalangan penghuninya.
e. Mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan para pekerja terutamanya sektor industri dan perkilangan.
MAKLUMAT DESA KELUARGA
|
PERKARA |
KETERANGAN | ||
| REKABENTUK | i. Kawasan perumahan Desa Keluarga terdiri daripada bangunan rumah lima (5) tingkat. ii. Setiap tingkat mengandungi 4 hingga 10 unit rumah. iii. Saiz rumah adalah mengikut spesifikasi Perumahan Awam Kos Rendah dengan keluasan lantai 560 kaki persegi yang meliputi ruang tamu, 3 bilik tidur, ruang dapur dan 1 bilik air/tandas. | ||
| KUMPULAN SASAR (PENYEWA) | i. Golongan pekerja yang telah berkeluarga. ii. Majikan yang mempunyai pekerja-pekerja wanita/lelaki yang belum berumahtangga. iii. Penduduk setinggan yang berkemampuan membayar sewa. iv. Golongan-golongan tertentu yang diluluskan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa. | ||
| LOKASI | Desa Keluarga Kuala Terengganu, Kg. Kubang Ikan, 21070 Chendering, Kuala Terengganu Tel : 09-616 3231 / 616 3232 Faks : 09-616 3230 | Desa Keluarga Dungun, Kg. Bijangga, 23000 Dungun Tel & Faks : 09-845 3228 | Desa Keluarga Kemaman, Kg. Fikri, 24000 Kemaman Tel & Faks : 09-868 3478 |
KADAR SEWAAN (RM)
| ARAS | DESA KEMAMAN | DESA K. TRG | DESA DUNGUN |
| Aras 1 | RM 140.00 | RM 140.00 | RM 120.00 |
| Aras 2 | RM 130.00 | RM 130.00 | RM 115.00 |
| Aras 3 | RM 120.00 | RM 120.00 | RM 110.00 |
| Aras 4 | RM 110.00 | RM 110.00 | RM 105.00 |
| Aras 5 | RM 100.00 | RM 100.00 | RM 100.00 |
Program Kepimpinan & Pengurusan Sosial
LATAR BELAKANG
Pemimpin komuniti di dalam sesebuah masyarakat memainkan peranan penting dalam memajukan dan memakmurkan sesebuah komuniti. Mereka menjadi orang perantaraan yang boleh menyampaikan mesej-mesej kerajaan disamping membantu menangani masalah-masalah semasa di peringkat komuniti.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Masjid, Rukun Tetangga dan sebagainya merupakan organisasi/badan yang boleh digerakkan dalam menjalankan kerja-kerja sosial bagi pembangunan komuniti.
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan mengambil peranan memberi sokongan dalam meningkatkan keupayaan pemimpin komuniti kearah kesejahteraan insan.
OBJEKTIF
i. Meningkatkan keupayaan pemimpin komuniti didalam kerja berpasukan.
ii. Meningkatkan keupayaan pemimpin komuniti dalam menangani masalah komuniti berasaskan prinsip-prinsip sosiologi dan psikologi.
iii. Meningkatkan kefahaman tentang tugas-tugas seorang pemimpin peringkat komuniti.
KURSUS / AKTIVITI
| Bil | Program | Objektif | Sinopsis Program | Kumpulan Sasar | Tempoh Program |
| 1. | Kursus Pengurusan Sosial & Kepimpinan Dalam Komuniti | Meningkatkan kefahaman tentang tugas-tugas seorang pemimpin peringkat komuniti. |
Program ini disediakan untuk menyediakan latihan dan bimbingan kepada kepimpinan akar umbi dan penggerak masyarakat agar mereka menjadi pemimpin yang berkesan dan dihormati. | JKKK, Iman-bilal, Pesara, Kakitangan Awam / Swasta,NGO | |
| 2.. |
Kursus Pembimbing Pembangunan Keluarga
| Memberi pengetahuan dan teknik serta kemahiran bimbingan secara berkesan. |
| ||
| 3. | Persidangan Kes | Mewujudkan suasana kebersamaan bagi mengeratkan hubungan kemesraan, kasih sayang dan rasa tanggungjawab dalam komuniti. |
|
Program Khidmat Bimbingan & Kaunseling
LATAR BELAKANG
Unit Khidmat Bimbingan Keluarga mula beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober, 1998 dan menyediakan tempat kepada Pembimbing dan juga Pakar-Pakar yang dijemput oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu untuk menjalankan khidmat bimbingan bagi membantu individu, keluarga dan kelompok bermasalah untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi.
OBJEKTIF
1) Objektif Am
a) Menyediakan tempat yang sesuai dan selamat kepada pembimbing untuk menjalankan khidmat bimbingan kepada individu, keluarga dan kelompok yang bermasalah demi untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.
2) Objektif Khas
a) Individu
i) Menolong mengembalikan keyakinan diri yang hilang dikalangan keluarga.
ii) Membantu membentuk keperibadian serta kepercayaan kepada diri sendiri dalam masyarakat.
iii) Meningkat keyakinan diri klien yang bermasalah dalam pergaulan harian.
b) Keluarga
i) Membantu mengatasi masalah keluarga secara teratur dan berkesan.
ii) Mempastikan keharmonian hidup dalam keluarga.
iii) Menolong mengeratkan hubungan suami isteri.
c) Sosial
i) Menolong mengurangkan ketegangan emosi dan sosial masyarakat.
ii) Memberi keyakinan hidup kepada individu atau keluarga yang kurang sempurna seperti mereka yang mempunyai anak cacat, tidak mempunyai anak dan sebagainya.
KURSUS / AKTIVITI
| Bil | Program | Sinopsis Program |
| 1. | Bimbingan Individu | Bimbingan diadakan melalui temujanji diantara klien dengan pembimbing. |
| 2. | Bimbingan Pakar | i. Program ini untuk memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bimbingan kepakaran kerana kos yang tinggi. Beberapa orang pakar memberi kerjasama menjayakan program ini. Program ini meliputi aspek penyampaian ilmu melalui sessi ceramah sebanyak 4 kali sebulan sepanjang tahun. Khidmat rundingcara juga diaturkan sekiranya terdapat pendengar ceramah yang memerlukan khidmat tersebut selepas sessi ceramah berakhir.
ii. Sasaran peserta adalah terdiri daripada klien-klien Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu iaitu ibubapa kepada anak-anak Taska, Peserta PJD dan penerima bantuan modal PRM, penghuni Desa Keluarga, Ibu Tunggal , Warga Emas dan masyarakat setempat.
|
| 3. | Kursus Pembimbing di Jabatan | i. Kursus ini diadakan bagi menyedia pembimbing yang berkemahiran dan berkemampuan untuk memberi khidmat kepada anggota keluarga, kakitangan jabatan, individu dan seterusnya anggota masyarakat yang bermasalah bagi mengendur dan mengurangkan ketegangan kearah menyelesaikan masalah-masalah keluarga dan individu.
ii. Pembimbing-pembimbing yang terlatih dapat membantu, mengatasi dan mengurangkan masalah-masalah sosial seperti perceraian, penyelewengan, rogol dan sebagainya. Dengan adanya pembimbing terlatih ini, Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu akan dapat tenaga pembantu dalam usaha menolong anggota masyarakat yang ingin mempertingkatkan mutu kehidupan mereka.
|
| 4. | Jawatankuasa Bimbingan Peringkat Daerah | i. Bagi membantu lebih ramai individu dan masyarakat mendapat khidmat bimbingan, Jawatankuasa Khidmat Bimbingan akan dibentuk di semua daerah.
ii. Jawatankuasa ini bertindak menyelaras bimbingan yang dikendalikan oleh pembimbing-pembimbing di daerah berkenaan. Ianya juga berfungsi sebagai perancang aktiviti untuk meningkatkan lagi kemahiran pembimbing.
|
Info Perkhidmatan