Malay Chinese (Traditional) English
 

Program Pengurus Kediaman (Home Manager)

LATAR BELAKANG

Bagi mencapai hasrat Kerajaan Terengganu menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing dalam kerjaya Pengurus Kediaman serta membantu  golongan miskin serta Ibu Tunggal meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mencadangkan program khas Pengurus Kediaman (Home Manager) di adakan.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah merangka beberapa modul yang sesuai bagi meningkatkan lagi keberkesanan program di antaranya menambah kandungan modul, memanjangkan tempoh latihan, memberi elaun kepada peserta, kaedahpemilihan peserta dan yang paling penting ialah mewujudkan agensi pengurusan bagi mengurus peserta selepas tamat latihan.

Peserta juga akan dilindungi oleh insurans berkelompok, KWSP dan Perkeso.

Program ini mengandungi modul yang lengkap seperti kebersihan dan kekemasan, tatasajian dan hidangan makanan, pelupusan sampah, cucian pakaian, pembersihan umum, penjagaan orang tua, bayi dan kanak-kanak serta motivasi / perubahan minda dan sebagainya.

OBJEKTIF
  • Menjadikan kerjaya Pengurus Kediaman sebagai satu kerjaya yang profesional dan diterima positif oleh masyarakat.
  • Mengurangkan kebergantungan kepada warga asing dalam kerjaya Pengurus Kediaman.
  • Membantu masyarakat yang memerlukan perkhidmatan pengurusan kediaman.
  • Meningkatkan pendapatan isi rumah agar berkemampuan keluar dari kemiskinan.
KUMPULAN SASAR

Program ini dibuka kepada golongan Ibu Tunggal / isi rumah miskin / beliawanis yang berminat dan memiliki kriteria seperti berikut :-

  • Pemohon hendaklah berumur diantara 18 hingga 45 tahun.
  • Pemohon hendaklah memiliki pendidikan minimum Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau setaraf.
  • Pemohon hendaklah sihat / cergas mental dan fizikal dan lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Pemohon hendaklah lulus dalam temuduga yang dijalankan dan mengikuti latihan yang dilaksanakan.
KEMUDAHAN
  • Gaji Minimum RM900.00
  • KWSP / SOCSO
  • Kemudahan Perubatan
  • Pakaian Seragam
  • Elaun Praktikal
  • Kemudahan Pengakutan / Alat Telekomunikasi
  • Bimbingan Usahawan
  • Kemudahan Pinjaman
  • Perlindungan Insurans Berkelompok
PENGURUSAN
  • Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melantik kolej INFORANA sebagai agensi melatihpeserta dan PERMODALAN YPK Sdn. Bhd. sebagai agensi pengurusan yang akan mengurus peserta selepas tamat latihan.
  • Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan berperanan merancang, mengenalpasti calon, menemuduga serta membuat pemantauan dan penilaian keberkesanan untuk tujuan penambahbaikan program ini.
TEMPOH KURSUS
 
 
Tempat Latihan Tempoh Latihan
Kolej INFORANA 14 Hari
Praktikal di rumah majikan, pejabat, taska, rumah orang tua atau hotel 1 Bulan
Read 3803 times Last modified on Tuesday, 11 August 2015 14:25
Layouts
Colors