Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.
Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah dan para pekerja dari pelbagai sektor.
- AM
- Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan setaraf dari segi jasmani dan rohani kepada para penghuninya yang akan menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.
- KHAS
- Menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa kepada golongan berpendapatan rendah.
- Mengurangkan kos sara hidup para pekerja.
- Merangsang ke arah peningkatan produktiviti kerja para penghuninya.
- Memupuk semangat persaudaraan serta nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi di kalangan penghuninya.
- Mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan para pekerja terutamanya sektor industri dan perkilangan.
Perkara | Keterangan |
---|---|
Rekabentuk |
|
Kumpulan Sasar (Penyewa) |
|
Lokasi | Desa Keluarga Kuala Terengganu, Kg. Kubang Ikan, 21070 Chendering, Kuala Terengganu Tel : 09-616 3231 / 616 3232 Faks : 09-616 3230Desa Keluarga Dungun, Kg. Bijangga, 23000 Dungun Tel & Faks : 09-845 3228Desa Keluarga Kemaman, Kg. Fikri, 24000 Kemaman Tel & Faks : 09-868 3478 |
Aras | Desa Kemaman | Desa Dungun | Desa K. Terengganu |
---|---|---|---|
Aras 1 | RM 140 | RM 120 | RM 140 |
Aras 2 | RM 130 | RM 115 | RM 130 |
Aras 3 | RM 120 | RM 110 | RM 120 |
Aras 4 | RM 110 | RM 105 | RM 110 |
Aras 5 | RM 100 | RM 100 | RM 100 |