Malay Chinese (Traditional) English
 
Sunday, 04 April 2021 16:16

jahit

Tuesday, 09 March 2021 14:24

9 Mac 2021 (Selasa), Bilik Mesyuarat Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) - Perbincangan Pelaksanaan Semula Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak TASKA PERMATA Keluarga 2021 telah diadakan bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr. Tengku Nadhirah bt Tengku Zainal; Matron Zainab bt Omar dan Rosmaini bt Mustafar daripada Bahagian Kesihatan JKNT.

Alhamdulillah, hasil perbincangan yang positif dan InshaaAllah bermula awal bulan April ini pihak Bahagian Kesihatan Pergigian JKNT akan melaksanakan semula perkhidmatan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak di semua 70 buah TASKA PERMATA Keluarga YPKT seluruh negeri dengan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pemberian rawatan hanya meliputi pemeriksaan pergigian, promosi/pendidikan kesihatan pergigian dan juga pencegahan (seperti sapuan fluorida dan pengapan fisur). Tiada sebarang rawatan yang melibatkan prosedur semburan air atau Aerosol Generating Procedure (AGP) dilakukan.

Walau bagaimanapun, surat persetujuan daripada ibubapa juga akan diedarkan ke semua TASKA PERMATA Keluarga YPKT.

157168370 5177834198924765 4255456542913579276 o

Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pengarah YPKT, YBhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah; Timbalan Pengarah (Program) YPKT, En. Kamarulzaman bin Awang; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Puan Siti Khatijah bt Sapei; Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, En. Wan Yusmalifalida bin Wan Razali; Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Cik Noridah binti Sauji dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, En. Ahmad Zulhilmi bin Abdul Aziz.

Monday, 08 March 2021 00:08

156023550 5171707612870757 8237810860099950329 o

Majlis Perasmian Kelas Jahitan Komuniti (KJK) telah diadakan pada 7 Mac 2021 bertempat di Balairaya Kampung Medan Jaya 1, Marang. Majlis perasmian ini telah disempurnakan Y.A.Bhg. Toh Puan Seri Tuan Faezah binti Tuan Abdul Rahman, isteri kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Rhu Rendang. Turut hadir dalam majlis ini adalah Y.Bhg. Encik Wahab bin Osman, Pegawai Khas kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu, Y.Bhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Y.Bhg. Encik Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT, Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti YPKT dan YBhg. Encik Mohd Muzamri bin Mohd Yusoff, Pegawai YPKT Kawasan Marang.

158422105 5171705119537673 3438571037824663605 o

Kelas Jahitan Komuniti kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) ini merupakan suatu program yang memberi peluang kepada surirumah, belia dan beliawanis komuniti setempat bagi mempelajari cara dan kaedah menjahit secara bermodul daripada guru yang terlatih yang disediakan oleh pihak YPKT. Kelas ini diadakan pada dua sesi iaitu pada sebelah pagi dan petang yang mengambil masa selama 6 bulan bagi setiap sesi latihan. Pihak YPKT telah mengambil langkah prihatin dengan menyediakan peralatan mesin jahit dan guru terlatih, malah tiada bayaran bulanan yang dikenakan kepada para pelatih yang berminat.

Di akhir ucapan Y.A.Bhg. Toh Puan Seri Tuan Faezah binti Tuan Abdul Rahman turut meletakkan harapan dan amanat beliau iaitu semoga para pelatih tidak hanya belajar sekadar untuk pandai menjahit tetapi juga mestilah mempunyai wawasan yang lebih tinggi iaitu untuk menjadi seorang usahawan. Diharapkan juga agar pihak komuniti setempat dapat mengambil peluang melalui platform yang telah disediakan oleh pihak YPKT dengan kerjasama JPKK.

Sunday, 28 February 2021 14:28

28 Februari 2021 (Ahad) - YBhg. Tuan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah telah melawati TASKA Permata Keluarga Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sempena pembukaan operasi TASKA tersebut pada Januari 2021 baru ini.

DSC 2704 edit

Penubuhan TASKA Permata Keluarga PMINT ini adalah bagi mengantikan TASKA Permata Keluarga UTC yang telah beroperasi sejak Julai 2016. TASKA Permata PMINT mampu menempatkan seramai 80 orang orang kanak-kanak. Buat masa ini jumlah kanak-kanak adalah seramai 62 orang daripada kategori Tipat (3-4 tahun) seramai 29 orang, Tateh (3-4 tahun) seramai 13 orang dan jumlah guru buat masa seramai 9 orang.

Turut hadir sama; Tuan Haji Mohd Ahsri bin Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Pengurusan); En. Nazri bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Korporat; En. Wan Yusmalifalida bin Wan Razali, Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-kanak dan En. Halim bin Mohamed, Penolong Pengarah Pentadbiran.

154661520 5141681859206666 6673962960205650916 o

Page 1 of 65
Layouts
Colors