Malay Chinese (Traditional) English
 

Cakna Warga Emas

LATAR BELAKANG

Memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara serta mewujudkan peluang untuk mereka terus hidup dengan penuh moral.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kehormatan dan martabat warga emas dalam keluarga, masyarakat dan negara.
  • Memajukan warga emas agar terus aktif dan produktif dalam pembangunan komuniti.
  • Mewujudkan suasana kebersamaan bagi mengeratkan hubungan kemesraan, kasih sayang dan bertanggungjawab antara individu, keluarga dan masyarakat.
  • Menyediakan kemudahan tertentu untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga emas ke arah kesejahteraan hidup mereka.
  • Mengadakan aktiviti lapangan bagi warga emas untuk menimba pengalaman luar.
  • Untuk mempertingkatkan ilmu agama serta memupuk nilai-nilai¬† murni.
KELAB WARGA EMAS YPKT

Kelab Warga Emas YPKT ditubuhkan di setiap DUN bagi memastikan agar setiap aktiviti yang dijalankan sampai dan diterima oleh setiap warga emas di seluruh negeri.

Peranan Kelab Warga Emas YPKT adalah :

  • Sebagai penggerak program warga emas sihat, aktif dan produktif.
  • Mengadakan program bimbingan dan ziarah/saringan kesihatan/sukarelawan dan program yang berkaitan sesuai dengan keperluan ahli.
  • Mengadakan program yang menambahkan pengetahuan, kesedaran seperti bengkel, ceramah serta kursus-kursus yang berkaitan.
  • Mewujudkan saluran yang tepat terutamanya dalam membantu warga emas yang tidak berkemampuan/daif.
KOMPONEN PROGRAM
Bil Kategori Keterangan
1 Warga Emas Aktif, Sihat & Produktif Memberi pendedahan  aktiviti-aktiviti seperti bersenam, pemeriksaan kesihatan, ceramah dan nasihat tentang penjagaan fizikal dan mengesan penyakit peringkat awal.
2 Kesukarelawanan Warga Emas Melatih dan merangsang sukarelawan warga emas dalam menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara.
3 Lawatan Warga Emas Memberi peluang pengkongsian dan pendedahan melalui pengalaman serta kecaknaan kepada warga emas yang tersisih melalui lawatan warga emas.
4 Inter-Generasi Memberi dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh warga emas kepada generasi muda terutamanya dalam bidang kraftangan, pertukangan, masakan tradisional dan sebagainya.
5 Mesra Warga Emas Mewujudkan kesedaran dan menerapkan amalan murni untuk mempereratkan hubungan antara masyarakat dan warga emas .
6 Mesra Warga Emas Kerohanian Merupakan aktiviti keagamaan yang disertai oleh warga emas untuk mempertingkat dan menambahkan ilmu agama serta memupuk nilai-nilai murni.
Read 2553 times
Layouts
Colors