Malay Chinese (Traditional) English
 

Berita Terkini

(0 votes)
12 September 2015 - Bertempat di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu telah berlangsungnya Pertandingan "Story Telling" TASKA PERMATA Keluarga peringkat Negeri Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri. Sebanyak 16 penyertaan daripada 8 parlimen yang melibatkan seramai 114 orang kanak-kanak TASKA PERMATA Keluarga (TPK) telah menyertai pertandingan ini. Turut hadir YBhg. En. Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) serta pegawai-pegawai YPKT. Sebanyak 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Bahasa Melayu sebanyak 4 penyertaan dan Kategori Bahasa Inggeris…
(0 votes)
Seramai 4250 peserta daripada 147 kontijen termasuk Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menyertai pembarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015. Sebelum berkumandang laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali oleh Menteri Besar Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman. Acara kemudian diteruskan dengan perarakan oleh 147 kontijen yang mengambil bahagian bermula ari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menuju ke pentas utama Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. Sebanyak lapan kategori dipertandingan dimana setiap  juara memenangi piala pusingan, wang tunai RM4,000 berserta sijil penghargaan. Naib juara (RM3,000) dan tempat ketiga pula RM2,000 beserta sijil penghargaan. Kontinjen Kesatria UiTM Terengganu muncul johan keseluruhan dalam pertandingan perbarisan sempena Sambutan…
(0 votes)
Pada 29 Ogos 2015, bertempat di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Nerus, telah diadakan Majlis Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu 1Seberang Takir. Yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Seramai 61 pasangan yang berkahwin sepanjang tahun lalu diraikan pada majlis anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Setiap pasangan menerima hadiah berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM200 sebagai galakan kepada masyarakat untuk berkahwin dan mengekalkan keharmonian rumahtangga. Sementara itu, bagi pasangan Wan Mohd Zulkifli Wan Muda, 28, dan Wan Amirul Farieda Wan Zamri, 23, dari Kampung Tok Jembal mengakui terharu apabila bersanding buat kali kedua pada majlis…
Page 3 of 5
Layouts
Colors