Malay Chinese (Traditional) English
 

Berita Terkini

(0 votes)
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja bagi penjawat awam di Wisma Darul Iman (WDI) mula beroperasi hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Taska Permata Wisma Darul Iman di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu yang diubahsuai daripada kafe wisma berkenaan melibatkan kos RM300,000. “Ini juga merupakan salah satu usaha kitadalam menunaikan Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu iaitu membuka pusat asuhan di setiap jabatan kerajaan negeri,” ujarnya ketika dihubungi pemberita, hari ini. Katanya, setakat ini pengambilan di taska tersebut melibatkan 73 kanak-kanak berumur…
(0 votes)
Stadium Negeri, Kuala Terengganu, 19 November, 2015: Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sekali lagi telah berjaya melangsungkan Majlis Penyampaian Sijil Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) kepada Kanak-kanak TASKA PERMATA Keluarga (TPK), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Pada tahun ini seramai 920 orang kanak-kanak TPK berusia empat tahun telah berjaya menghafaz 23 Surah Lazim. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Pehimi Bin Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri. Bertepatan dengan objektif program ini iaitu memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak bagi memastikan mereka tiada masalah untuk mengikuti pengajian Al-Quran pada peringkat yang lebih tinggi serta memupuk minat untuk…
(3 votes)
PROGRAM PASCA PERKAHWINAN 2nd HONEYMOON SMARTSTART Tarikh : 20-22 September, 2015 Tempat : Heritage Hotel, Cameron Highlands Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon Smartstart yang dilangsungkan di Heritage Hotel, Cameron Highlands ini telah dijayakan oleh 35 pasangan suami isteri hasil kerjasama antara YPKT dan juga LPPKN Negeri Terengganu. Sepanjang 3 hari 2 malam program ini dijalankan, para peserta telah didedahkan dengan kaedah-kaedah bagi meningkatkan penguasaan ilmu pengurusan minda dan emosi serta sikap positif ke arah memantapkan dan meningkatkan hubungan suami isteri. Selain dari itu, kursus ini juga adalah bagi meningkatkan kefahaman antara pasangan dalam menangani konflik dan cabaran hidup berkeluarga secara…
Page 2 of 5
Layouts
Colors