Malay Chinese (Traditional) English
 

Berita Terkini

(1 Vote)
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperkenalkan program Resepsi Walimah Perdana 1 Terengganu bagi mengelak masalah kes perceraian di negeri ini terus meningkat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, program itu diperkenalkan bagi merai pasangan pengantin yang berkahwin tahun lalu dan hubungan mereka masih kekal sehingga ke hari ini. “Sepanjang 2014, sebanyak 11,415 perkahwinan direkodkan, manakala kes penceraian pula melibatkan 2,455 pasangan di mana 125 daripadanya bercerai selepas setahun mendirikan rumah tangga dan 838 kes penceraian pula melibatkan perkahwinan melebihi usia lima tahun. “Angka ini sangat menakutkan, sebab itu kita buat program baru ini…
(0 votes)
Kerajaan negeri telah mewujudkan satu bidang kerja baru bagi tahun 2015 iaitu HOME MANAGER (Pengurus Kediaman) yang mana telah mendapat sambutan dari kalangan ibu tunggal, warga miskin dan juga gradusi yang masih tidak dapat pekerjaan. Menteri Besar Terengganu Yab Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman bekata demikian dalam ucapan perasmian dan pelancaran Gerak Kerja UMNO Dun Wakaf Mempelam di Dewan Besar Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu semalam. “Gaji permulaan bagi pengurus kediaman ini sebanyak RM 900 sebulan dan bekerja mengikut masa pejabat dari 7.00 pagi hinggan 7.00 petang” “Peserta juga disediakan dengan kemudahan pinjaman kenderaan, insuran, simpanan dalam Kumpulan Wang…
(2 votes)
Borang permohonan bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk anak kelahiran Terengganu mula diedar kepada orang ramai sejak 10 Mac lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, borang boleh didapati di kesemua Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di setiap daerah atau Pusat Khidmat Masyarakat ADUN seluruh Terengganu. “Pemberian insentif sebanyak RM100 yang dibuat dalam bentuk SSPN-i bagi setiap bayi yang lahir bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini merupakan hadiah daripada kerajaan negeri seperti diumumkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman ketika membentangkan Bajet 2015. “Selain meraikan kanak-kanak dengan harapan…
Page 5 of 5
Layouts
Colors