Malay Chinese (Traditional) English
 

Berita Terkini

(0 votes)
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan penuh kepada program Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) dalam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata program itu memberi peluang pekerjaan kepada anak negeri dalam meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran. Katanya, ini jelas terbukti apabila terdapat unjuran pertambahan dan permintaan terhadap Home Manager dari tahun ke tahun. “Terdapat lanjutan permintaan yang tinggi untuk menggunakan khidmat Home Manager ini setiap tahun dan ia merupakan satu perkara yang positif. “Secara tidak langsung dapat menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing dalam kerjaya ini…
(0 votes)
  KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menghargai inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang meluluskan bajet sebanyak RM270,000 bagi pelaksanaan 9 siri kursus asuhan awal kanak-kanak. Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Wan Mohd Zaki Wan Abdullah berkata, pelaksanaan kursus tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan pengasuh-pengasuh yang berkelayakan dalam bidang perkembangan awal kanak-kanak secara atas talian (online) terutama di musim penularan COVID-19. "Kerajaan negeri berterima kasih kepada JKM Negeri dan Malaysia yang memberi kepercayaan dan amanah kepada YPKT sebagai pusat akreaditasi dan pelaksana Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak…
(0 votes)
TASKA Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah beroperasi semula bermula 9 Jun, 2020 (Selasa) di mana Pihak Pengurusan YPKT memberi keutamaan kepada ibubapa bagi penghantaran anak ke TASKA kepada kategori berikut: i) Petugas di barisan hadapan (Frontliners) seperti pasukan / petugas polis diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bomba & Penyelamat dan seumpamanya. ii) Ibubapa / penjaga kanak-kanak (dwi kerjaya) yang berkeperluan keluar untuk ketempat kerja secara serentak. Semua ibubapa yang terlibat perlu mengemukakan surat pengesahan majikan masing-masing yang menjelaskan keperluan keberadaan ibubapa berkenaan ditempat kerja dan pengesahan ini perlu dihantar ke TASKA masing-masing.
Page 1 of 6
Layouts
Colors