Majlis Perasmian Kelas Jahitan Komuniti (KJK) telah diadakan pada 7 Mac 2021 bertempat di Balairaya Kampung Medan Jaya 1, Marang. Majlis perasmian ini telah disempurnakan Y.A.Bhg. Toh Puan Seri Tuan Faezah binti Tuan Abdul Rahman, isteri kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Rhu Rendang. Turut hadir dalam majlis ini adalah Y.Bhg. Encik Wahab bin Osman, Pegawai Khas kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu, Y.Bhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Y.Bhg. Encik Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT, Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti…